• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Sedih Kakitangan Kesihatan Dijangkiti COVID-19

oleh
24/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menzahirkan rasa sedih berikutan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas fasiliti kesihatan swasta dijangkiti COVID-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah sangat bimbang dengan perkembangan itu memandangkan mereka adalah petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab untuk membendung pandemik itu.

“Sehingga 21 Mac lepas, KKM mengesahkan 19 kakitangannya dan lima petugas fasiliti kesihatan swasta telah dijangkiti COVID-19 manakala sehingga tengah hari 23 Mac pula, sebanyak 212 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini naik kepada 1,518 kes.

“Dua daripada 19 kakitangan KKM terbabit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan hasil siasatan yang dijalankan mendapati, kesemua mereka adalah kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga 22 Mac, seramai 460 kakitangan KKM yang menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 didapati negatif dan baki 190 lagi masih menunggu keputusan.

Setakat tengah hari ini, KKM mengesahkan 14 kematian akibat COVID-19 di Malaysia, yang turut membabitkan seorang doktor KKM, berusia 48 tahun di Perlis.

Ahmad Fadil berkata, sehubungan itu, Seri Paduka menitahkan rakyat supaya bersikap jujur kepada petugas KKM mengenai sejarah perjalanan dan kontak mereka bagi membantu pengesanan kontak dan mengadakan tindakan lanjut termasuk rawatan untuk membendung penularan wabak yang boleh meragut nyawa itu.

“Al-Sultan Abdullah turut menitahkan rakyat dengan kadar segera pergi ke pusat kesihatan KKM terdekat jika mempunyai gejala COVID-19 dan ada kontak dengan kes positif wabak ini. Rakyat khususnya mereka yang mempunyai simptom digesa supaya tidak mengambil sikap mudah dan sambil lewa dalam isu ini.

“Seri Paduka bertitah, adalah amat penting untuk kita bersikap jujur ketika saringan kerana maklumat yang tepat ini penting kepada KKM. Ini juga dapat mengelakkan petugas barisan hadapan KKM tidak dijangkiti,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka juga menzahirkan setinggi penghargaan kepada semua petugas KKM dan agensi kerajaan yang berkaitan serta petugas fasiliti kesihatan swasta, khususnya di barisan hadapan yang telah mengorbankan masa dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta semangat tinggi.

“Seri Paduka menyanjung tinggi komitmen yang telah diberikan oleh kesemua petugas kerajaan dan menzahirkan harapan agar mereka terus tabah dalam melaksanakan tanggungjawab demi keselamatan rakyat dan negara yang kita cintai bersama ini,” katanya.

Al-Sultan Abdullah mengulangi titah, supaya rakyat terus memainkan peranan dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan saranan serta panduan daripada KKM bagi memastikan pandemik ini dapat dibendung dan diakhiri secara berkesan dengan segera.

Seri Paduka turut menzahirkan, ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 dan berharap, rakyat Malaysia terus bersama-sama berdoa supaya usaha membendung pandemik itu dirahmati, diberkati serrta dapat ditangani dengan segera.

Tags: Al-Sultan AbdullahCovid-19kakitangan kesihatanKKMYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Ketua Polis Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail. Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd