• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Akaun 2 KWSP Bantu Kurang Impak COVID-19

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah membenarkan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berusia di bawah 55 tahun mengeluarkan wang sehingga RM500 setiap bulan bagi tempoh setahun akan membantu meningkatkan penggunaan swasta yang seterusnya dapat mengurangkan impak pandemik COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata inisiatif itu yang bermula bulan depan akan dapat membantu rakyat yang berada dalam kategori pendapatan rendah.

Langkah itu yang disambut baik oleh rakyat, akan juga membantu ahli KWSP yang tidak aktif, yang mana sebahagian mungkin mempunyai akaun dengan dana pencen itu tetapi akaun tidak aktif, katanya.

“Langkah itu adalah wajar kerana ia akan meningkatkan pendapatan boleh guna mereka walaupun seketika kerana skim pengeluaran itu hanya satu langkah sementara.

“Tambahan tunai itu boleh digunakan bagi keperluan asas seperti makanan, bil utiliti dan membayar sewa. Ia boleh membantu meningkatkan penggunaan kerana kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan cenderung mempunyai Kecenderungan Mengguna Marginal (MPC) yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu pada satu sidang media khas hari ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion.

Menerusi kemudahan itu, semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing, tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan.

Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.

“Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan berjumlah RM40 billion.

“Saya berharap inisiatif ini dan juga pengurangan kadar caruman KWSP pekerja sebanyak 4.0 peratus yang berkuat kuasa pada bulan April 2020 akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang dalam poket masing-masing untuk membeli barang keperluan harian,” kata Muhyiddin.

Sehingga Disember 2019, ahli KWSP berjumlah 14.59 juta manakala ahli aktif KWSP seramai 7.63 juta.

Mohd Afzanizam berkata, dengan mengambil kira angka-angka itu, sektor informal yang akan mendapat manfaat daripada ini dijangka sekitar 4.37 juta ahli.

Sementara itu, seorang ahli ekonomi lain berkata skim pengeluaran tersebut sudah pastinya akan membantu mengurangkan impak COVID-19 ke atas ekonomi tetapi sumbangannya terhad kerana tidak semua rakyat Malaysia menyumbang kepada KWSP.

“Hanya 10 juta orang boleh berbuat demikian, manakala sebahagian besar lagi (rakyat) tidak terlibat kerana tiada caruman KWSP.

“Ia boleh mengurangkan (impak) tetapi kita perlu membantu kategori miskin lain – kumpulan B40. Kumpulan ini akan diambil kira dalam langkah akan datang yang akan diumumkan minggu depan,” katanya.

Tags: Covid-19Ekonomi MalaysiaKWSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd