• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Gerak Anggota Ke Lokasi Tumpuan, Ambil Semula Pesara

oleh
23/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini menggerakkan kakitangan seperti pegawai kesihatan dan jururawat dari negeri lain ke lokaliti yang mempunyai kes yang tinggi dalam usaha untuk menangani penularan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata masa sama, pihaknya sudah memulakan usaha mengambil semula jururawat dan pakar yang sudah bersara untuk kembali berkhidmat.

“KKM juga bekerjasama rapat dengan hospital swasta dan sudah mengadakan dua sesi perbincangan untuk melihat kes bukan COVID-19 yang boleh dihantar untuk dirawat di hospital swasta.

“Pada masa sama kita juga mendapat kerjasama dengan doktor dalam Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), selain persatuan pakar bius yang bersedia membantu,” katanya pada sidang media harian, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Dr. Noor Hisham berkata, KKM sudah memperoleh sebanyak 100 alat bantuan pernafasan daripada pembekal tempatan dan membuat tempahan untuk sebanyak 350 alat itu lagi daripada pembekal di China.

Katanya, ia sebagai tambahan kepada sebanyak 945 alat bantuan pernafasan yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.

“Sasaran kita adalah untuk menyediakan sebanyak 300 katil di ICU, dan berdaya menyediakan sebanyak 272 katil manakala sebanyak 3,400 katil lagi disediakan untuk tujuan pengasingan pesakit yang positif COVID-19.

“KKM juga sudah menambah sebanyak enam hospital hybrid menjadikan jumlah keseluruhan hospital untuk merawat pesakit COVID-19 sebanyak 32 buah dengan satu hospital universiti iaitu Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kami juga cuba mendapatkan kerjasama Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) serta Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan,” katanya.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham berkata, KKM sudah menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial untuk ahli keluarga dan mereka yang terkesan dari segi emosi akibat daripada kejadian COVID-19.

Beliau berkata, sehingga hari ini, seramai 460 kakitangan KKM menjalani saringan pengesanan COVID-19 dan seramai 270 didapati negatif manakala baki 190 masih menunggu keputusan. – BH Online

Tags: Covid-19KKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd