• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panglima ATM, KPN Bincang Pertingkat Kawalan Pergerakan

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau dan memastikan orang awam mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuat kuasa kerajaan.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata jumlah ketetapan keanggotaan bagaimanapun masih dalam peringkat perbincangan sebelum tentera dikerah pada Ahad ini.

Beliau berkata perbincangan telah dibuat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kerjasama yang boleh diberikan pihak ATM bagi membantu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kami memang sudah berbincang maka kami sudah ambil ketetapan bahawa ATM akan membantu dalam membuat rondaan bersama dan sebagainya.

“Ketiga-tiga cabang ATM (laut, udara dan darat) akan diselaraskan dalam jawatankuasa kerja mengikut kesesuaian untuk ditempatkan di seluruh negara,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut Affendi, langkah itu dibuat bagi mengurangkan beban warga PDRM dalam penugasan sepanjang perintah berkenaan selain mahu melihat keberkesanannya terhadap orang awam yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dalam tempoh dua minggu ini.

Affendi juga berkata langkah yang diambil kedua-dua pasukan keselamatan ini menunjukkan semangat kerjasama yang perlu diteruskan dalam menangani apa jua krisis yang melanda negara.

“Semestinya ini akan memantapkan lagi penugasan (ATM dan PDRM) dan pada masa sama, ini adalah sebahagian daripada tugas tentera di masa aman.

“Bukan sahaja pada masa darurat bahkan ia sama seperti bila tentera dikerahkan semasa bencana alam seperti banjir,” katanya.

Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata khidmat tentera akan mula digerakkan Ahad ini bagi membantu polis memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan untuk memastikan rakyat berada di rumah masing-masing dalam usaha membendung COVID-19.

Pada 16 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Tags: Angkatan Tentera MalaysiaCovid-19perintah kawalan pergerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd