• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembunyi Maklumat COVID-19, Jejaskan Keselamatan Petugas

oleh
20/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi merayu orang ramai supaya tidak menyembunyi maklumat hingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr. Noor Hisham menggesa orang ramai lebih bertanggungjawab dan bercakap benar mengenai sejarah serta hubungan rapat bagi memudahkan urusan mengesan mereka yang dijangkiti COVID-19.

Beliau menegaskan, sikap tidak bertanggungjawab dengan tidak mendedah atau menyembunyikan maklumat berkenaan adalah jenayah.

“Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini apabila pesakit menyembunyikan hubungan dan gejala mereka.

“Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat contohnya berkait dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling juga tidak didedahkan.

“Saya ingin menggesa orang ramai dan pesakit agar jujur dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka serta tidak menyembunyikan maklumat hingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami,” katanya dalam hantaran di akaun media sosial Facebook di sini, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit hanya akan menjejaskan keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti KKM.

Beliau berkata, setelah pesakit berkenaan menjalani prosedur dan rawatan klinik, barulah maklumat kritikal diperoleh bahawa individu itu dijangkiti.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinik selesai, maklumat kritikal itu didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami sudah terjejas,” katanya. – BH Online

Tags: Covid-19Ijtimak TablighKKMmasjid sri petaling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd