• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azilah Bantah Najib Jadi Pencelah Semakan Kes Altantuya

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas anggota polis Azilah Hadri membantah permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencelah dalam permohonan semakan yang difailkannya dalam usaha mengetepikan sabitan dan hukuman mati bagi pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguamnya, J. Kuldeep Kumar, yang menghadiri prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Azniza Mohd Ali, berkata peguam Najib telah memfailkan afidavit jawapan berkaitan permohonan untuk menjadi pencelah dan menyerahkan dokumen itu kepada beliau hari ini.

“Kami membantah afidavit jawapan itu kerana ia tidak difailkan dalam tempoh masa yang dibenarkan,” katanya sambil menambah peguam Najib sepatutnya memfailkan permohonan untuk mendapatkan masa lanjutan bagi memfailkan afidavit jawapan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azmi Mashud, yang hadir bagi pihak pendakwaan dalam prosiding pengurusan kes itu, berkata beliau mendapat arahan untuk membantah permohonan Najib sebagai pencelah dan permohonan semakan Azilah.

Bagaimanapun, Kuldeep memaklumkan pemberita bahawa beliau membantah tindakan Jabatan Peguam Negara yang memfailkan afidavit jawapannya berhubung permohonan semakan Azilah atas alasan mereka gagal berbuat demikian pada 31 Jan tahun lepas.

Kuldeep berkata timbalan pendaftar akan menulis kepada pihak-pihak yang terlibat pada Khamis ini untuk memberikan arahan selanjutnya.

Beliau berkata tarikh 20 April yang ditetapkan untuk Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan semakan Azilah dikekalkan.

Azilah, yang dijatuhi hukuman mati, kini ditahan di Penjara Kajang, telah memfailkan permohonan semakan itu pada 5 Dis tahun lepas bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya datang daripada Najib, yang ketika itu memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Dalam permohonan itu, Azilah, 43, meminta mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 serta memerintahkan satu perbicaraan semula.

Pada Disember tahun lepas, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan pihak media bahawa anak guamnya iaitu Najib telah menafikan segala dakwaan Azilah.

Azilah dan Sirul Azhar Umar, 47, telah didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam, 19 Okt dan 1 pagi hari berikutnya pada 2006.

Kedua-duanya telah dilepas dan dibebaskan pada 2013 selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati mereka.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan melepas serta membebaskan kedua-dua komando polis itu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 55, yang didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar, telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2008 atas alasan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pendakwaan bagaimanapun tidak mengemukakan rayuan berhubung pembebasannya.

Peguam Sarah Abishegam hadir bagi pihak Najib manakala peguam Sangeet Kaur Deo, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya dalam permohonan semakan itu, turut hadir dalam prosiding pengurusan kes hari ini.

Tags: altantuya shaariibuuazilah hadriNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd