• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen Bandar Kuching Positif Covid-19

oleh
17/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen disahkan positif koronavirus (Covid-19) dan kini dikuarantin di Hospital Umum Sarawak.

Kelvin menerusi ciapan di Twitter memberitahu, beliau dimasukkan ke wad hospital berkenaan lewat malam tadi dan kini menjalani kuarantin untuk pemantauan lanjut mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Saya berada dalam keadaan stabil dan ujian dijalankan di wad setakat ini menunjukkan saya tidak mengalami demam atau gejala lain.

“Bagaimanapun pada 2 Mac lalu saya ada berhubung dengan Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling Biu namun tidak mengalami sebarang simptom dalam tempoh dua minggu selepas itu,” ciapnya di Twitter hari ini.

Terdahulu, Ling Biu yang menerima rawatan di Hospital Sibu turut disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu.

Menerusi ciapan sama, Kelvin memberitahu sesiapa yang pernah berhubung dengannya sebelum ini untuk tidak panik.

“Ambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan atau ujian berkaitan segera bagi mengelakkan penularan wabak tersebut.

“Saya memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan percaya kita dapat menghadapi saat-saat sukar ini bersama,” katanya.

Khamis lalu, Kelvin turut menjadi salah seorang panelis pada Wacana Sinar ke-160 bertajuk Menteri Baharu: Apa Harapan Rakyat yang berlangsung di Auditorium Karangkraf. – Sinar Harian

Tags: ahli parlimen DAPCovid-19DAP SarawakKelvin Yii Lee Wuen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd