• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Langkah Perkukuh PRE Tangani Impak COVID-19

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini mengumumkan empat langkah bagi memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi menangani impak COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, berkata langkah itu adalah bantuan kewangan RM600 sebulan bagi membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh maksimum enam bulan.

Beliau berkata, diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian diberikan selain memberi diskaun dua peratus bagi semua pengguna lain dalam sektor komersial, perindustrian dan pertanian serta pengguna domestik bermula 1 April hingga 30 September.

Selain itu, pembayaran awal bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) diawalkan pada 16 Mac berbanding tarikh awal iaitu Mei ini.

“Bayaran berjumlah RM760 juta ini akan memanfaatkan seramai 3.8 juta isi rumah BSH. Bayaran tambahan sebanyak RM100 seperti mana yang telah diumumkan dalam PRE2020 akan dibayar pada bulan Mei 2020; dan bayaran tambahan bulan Mei ini membabitkan RM500 juta yang akan memanfaatkan lima juta penerima BSH,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Putrajaya, hari ini.

Turut diumumkan Muhyiddin, pelaksanaan projek-projek kecil PRE bernilai RM2 bilion yang diumumkan akan mula dilaksanakan pada bulan April 2020.

Pelaksanaan ini katanya, akan dipantau oleh Ketua Setiausaha Negara dan laporan mingguan akan diberikan kepada Perdana Menteri.

“Projek-projek ini akan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur luar bandar dan akan dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor Bumiputera kecil.

“Kementerian Kewangan sudah mengeluarkan pekeliling berkuat kuasa 16 Mac 2020 untuk menaikkan siling cabut undi daripada RM50,000 kepada RM100,000, dan sebut harga daripada RM500,000 kepada RM800,000.” – BH Online

Tags: Bantuan Sara HidupBil ElektrikCovid-19pakej rangsangan ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd