• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Viktor Axelsen Juara Seluruh England

oleh
16/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Viktor Axelsen menjadi pemain pertama Denmark memenangi gelaran Seluruh England dalam tempoh 21 tahun selepas dia menewaskan pemain Taiwan yang juga pilihan pertama, Chou Tien Chen dalam aksi final, malam tadi.

Axelsen yang tewas dalam aksi final tahun lalu di tangan pemain Jepun, Kento Momota menebus kekecewaan itu dengan melakar kemenangan 21-13, 21-14 ke atas Tien Chen di Arena Birmingham.

Kali terakhir wakil Denmark muncul juara adalah menerusi Peter Gade pada edisi 1999.

“Ia amat bermakna untuk saya. Ia adalah impian saya dan akhirnya ia menjadi kenyataan.

“Ini akan menjadi antara kejayaan terbesar sepanjang kerjaya saya. Saya berterima kasih kepada penonton sepanjang minggu ini sama ada di arena dan di media sosial,” kata Axelsen.

Sementara itu,  pemain perseorangan wanita, pemain Taiwan, Tai Tzu Ying muncul juara buat kali ketiga selepas menumbangkan pemain nombor satu dunia dari China, Chen Yufei 21-19, 21-15.

Bagi acara beregu lelaki, gandingan Indonesia, Markus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo gagal melakar kejuaraan buat kali ketiga apabila tewas kepada Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe dari Jepun 18-21, 21-12, 19-21

Gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota mendominasi saingan beregu wanita selepas menundukkan wakil China, Du Yue-Li Yinhui 21-13, 21-15.

Beregu campuran Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti muncu juara selepas menewaskan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai  dari Thailand 21-15, 17-21, 21-8. – Agensi

Tags: badmintonseluruh englandviktor axelsen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd