• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

COVID-19: Perjalanan Eropah Ke AS Digantung 30 Hari

oleh
12/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Donald Trump semalam menggantung perjalanan dari Eropah ke Amerika Syarikat (AS) selama 30 hari dalam usaha ‘agresif’ untuk mengekang pandemik COVID-19 yang sedang menular dengan pantas dan menjejaskan pasaran saham.

Namun, Trump berkata, sekatan itu tidak termasuk pengembara dari United Kingdom (UK) yang keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), baru-baru ini.

Dalam ucapan waktu perdana dari pejabatnya, Trump menolak kritikan bahawa kepimpinan beliau kurang bertindak ketika krisis itu melanda, sebaliknya menegaskan ‘virus berkenaan tidak akan ada peluang langsung’.

“Ini adalah usaha paling agresif dan komprehensif untuk menentang satu virus asing dalam sejarah moden,” katanya sambil menjelaskan sekatan perjalanan terbabit akan berkuat kuasa mulai tengah malam Jumaat.

Trump turut mengumumkan langkah bagi membantu meringankan beban kewangan dihadapi mereka yang tidak dapat bekerja kerana dikuarantin.

Dalam pada itu, Trump membidas EU sebagai gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang sama dan menyekat perjalanan dari China serta tempat terkesan lain, sebagaimana dilakukan AS sehingga menyaksikan penularan COVID-19 semakin meluas.

“Akibatnya, sejumlah besar kluster baharu di AS adalah dibawa oleh pengembara dari Eropah,” katanya.

Pemangku Timbalan Setiausaha Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ken Cuccinelli, melalui ciapannya pula memberi jaminan kepada rakyat AS bahawa sekatan perjalanan dari Eropah itu tidak membabitkan ‘rakyat atau penduduk tetap yang sah atau keluarga mereka’.

Setakat semalam, lebih 1,100 kes jangkitan disahkan di AS dengan 32 kematian, menurut satu penjumlahan oleh Universiti Johns Hopkins. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatCovid-19Eropah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

Malaysia Bantah Kempen Melampau Pelobi Anti Minyak Sawit

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyampaikan bantahan Malaysia terhadap kempen anti minyak sawit yang melampau di...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd