• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKZ Pahang Perkenal Aplikasi Kutipan Zakat

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bagi memudahkan orang ramai di negeri ini membuat pembayaran zakat, Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang mengambil inisiatif memperkenalkan aplikasi baharu, e-Zakatpahang, dalam usaha memberi perkhidmatan lebih cepat, lancar dan tepat.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, selain mampu mengurangkan kos dan menjimatkan masa PKZ, aplikasi web itu dapat meningkatkan lagi bilangan pembayar sedia ada.

“Sebelum ini, setiap tahun PKZ perlu mencetak semua resit atau penyata bayaran zakat pembayar potongan gaji secara manual dan menghantar melalui pos.

“Dengan adanya aplikasi e-Zakatpahang ini, PKZ tidak perlu lagi melakukan penghantaran berkenaan kerana ia bleh diperoleh melalui aplikasi itu pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran aplikasi e-Zakatpahang di sini, hari ini.

Selain itu, orang ramai boleh melaporkan kepada PKZ mengenai individu miskin yang difikirkan layak menerima bantuan zakat.

Maklumat yang diterima melalui e-Zakatpahang itu akan disalurkan kepada MUIP bagi membuat tinjauan atau siasatan untuk menentukan jenis bantuan zakat yang boleh disalurkan.

Wan Abdul Wahid berkatam menerusi aplikasi baharu itu, PKZ Pahang dapat meningkatkan kutipan dan mencapai sasaran zakat harta kepada RM110 juta tahun ini.

Sebelum ini, bayaran zakat yang dikutip tahun lepas menyusut kepada RM102.6 juta berbanding RM109.2 juta pada 2013 namun bilangan pembayar meningkat daripada 71,221 orang kepada 74,213 orang tahun lepas. – BERNAMA

Tags: PahangZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kena ‘Boo’ Ketika Berucap Depan Peneroka FELDA?

PM Anwar Kena ‘Boo’ Ketika Berucap Depan Peneroka FELDA?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di 'boo' oleh orang ramai ketika...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd