• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pengangkutan Sediakan Nota Impak COVID-19

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan menyediakan satu nota mengenai impak COVID-19 untuk dijadikan rujukan pelbagai kementerian lain dalam merangka strategi menangani penularan jangkitan virus itu, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong. 

Beliau berkata Kementerian Pengangkutan ditugaskan untuk menyediakan nota berkenaan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama di Perdana Putra di sini hari ini. 

“Saya telah ditugaskan untuk sediakan nota jelas bagi melihat kesan COVID-19 untuk jadi rujukan Kementerian Kewangan; Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan sebagainya untuk rangka strategi dan tangani kesan akibat wabak berkenaan. Sebagai permulaan, ini merupakan tugas yang perlu digalas Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas melapor diri di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini. 

Tambah Wee, beliau mendapat laporan awal mengenai pembatalan penerbangan yang banyak ke Malaysia sejak COVID-19 merebak dan keadaan ini pasti memberi kesan kepada rakyat Malaysia. 

Katanya, Malaysia Airlines Berhad mencatatkan pembatalan penerbangan sebanyak 63 peratus, AirAsia menerima 70 peratus sementara 510 penerbangan Malindo Air dibatalkan. 

“Kesan perkembangan ini kepada sektor pelancongan sangat besar. Melalui nota yang disediakan, semua pihak boleh zum dekat pelancong daripada sektor mana yang paling tinggi membuat pembatalan bagi lebih memahami kesannya kepada ekonomi negara. 

“Nota (yang disediakan Kementerian Pengangkutan) akan menjadi pangkalan data bagi kementerian lain untuk mengkaji impak COVID-19. Kami (semua kementerian) bekerjasama sebagai satu pasukan, satu kerajaan kolektif supaya dapat merangka strategi untuk menangani situasi ini,” katanya.

Sehingga hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 129. 

Sementara itu, mengulas mengenai hari pertama beliau di pejabat, Wee yang tiba di Kementerian Pengangkutan pada kira-kira 1 tengah hari, melahirkan penghargaan kepada timbalannya, Hasbi Habibollah.

“Kebetulan kami berdua jurutera dan daripada bidang yang sama,” katanya lagi. 

 Wee berkata dalam melaksanakan tanggungjawab, beliau bersedia mendengar pandangan dan input daripada pelbagai pihak termasuk semua mantan Menteri Pengangkutan, penjawat awam dan rakyat. 

Tags: Covid-19kementerian pengangkutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd