• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rancangan Pembangunan Di Felda Wilayah Raja Alias

oleh
11/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – FELDA tidak pernah menerima sebarang permohonan untuk membangunkan tanah peneroka di Jempol, Negeri Sembilan bagi pembinaan bandar berkembar Istanbul.

Projek bandar aeroangkasa dan bandar berkembar dengan Istanbul, Turki itu dikatakan mahu dibangunkan di atas tanah peneroka FELDA Wilayah Raja Alias oleh syarikat, Mohhashi Space Gateway.

FELDA dalam kenyataannya, menjelaskan agensi itu tidak menerima sebarang makluman mengenai rancangan pembangunan atau tawaran berkaitan projek berkenaan.

“Difahamkan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) tidak menerima sebarang permohonan projek pembangunan bandar berkembar terbabit.

“Ini kerana, permohonan wajib dikemukakan kepada kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), jika mahu memajukan tanah FELDA di kawasan berkenaan,” katanya.

Semalam, syarikat itu dilaporkan bercadang membangunkan tanah ladang peneroka dengan pelbagai infrastruktur, termasuk pembinaan lapangan terbang kargo antarabangsa dan akademi penerbangan.

Projek lain termasuk membina 1,000 premis kilang hab halal, universiti tahfiz antarabangsa, universiti aeroangkasa, kolej dan kawasan kediaman membabitkan kos pelaburan bernilai RM180 bilion.

Tanah peneroka pula FELDA pula ditawarkan pada harga RM320,000 bagi setiap 0.4 hektar dengan purata setiap peneroka menerima RM3.2 juta.

Jajaran perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) bermula dari Kuantan, melalui Bandar Seri Jempol sebelum berakhir di KLIA juga antara cadangan pembinaan di kawasan itu. – BH Online

Tags: Felda Wilayah Raja AliasMohhashi Space GatewayPeneroka FELDA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Datuk Dalang Dadah Felda

20/10/2021
0

KUALA LUMPUR - 'Hantu' yang membawa masuk bekalan dadah dan menjadi punca penagihan serius dalam kalangan ribuan peneroka Felda di...

Beruntung Jadi Peneroka Felda

07/04/2021
0

FELDA ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Akta 474). Sejak itu para peneroka terlibat bersama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd