• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Pastikan Catuan Air Tak Jejaskan Rakyat

oleh
10/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka akan berusaha memastikan catuan bekalan air di negeri ini tidak menjejaskan rakyat dalam tempoh yang panjang khususnya umat Islam menjelang bulan Ramadan ini, kata Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali.

Antara langkah jangka pendek yang akan cuba diambil kira untuk dilaksanakan ialah mengurangkan masa atau hari catuan yang dijadualkan namun ia bergantung pada keadaan semasa bekalan air di negeri ini.

“Saya akan ambil tindakan yang munasabah pada masanya… sudah pasti kerajaan negeri hari ini akan mengambil tindakan yang penuh berhati-hati dalam memastikan penduduk akan terus menikmati bekalan air tanpa catuan.

“Bagi saya masa untuk memastikan tindakan ini dapat dilaksanakan dalam masa yang munasabah,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama pengurusan tertinggi, agensi dan jabatan kerajaan negeri Melaka termasuk Syarikat Air Melaka Berhad di sini, hari ini.

Sulaiman, 54, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka menjadi Ketua Menteri Melaka Ke-12 menggantikan Adly Zahari yang dilantik Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei, 2018.

Beliau hari ini memulakan tugas sebagai Ketua Menteri Melaka selepas melakukan simbolik mula tugas dengan mengimbas jari pada mesin pengimbas kira-kira pukul 8.25 pagi ini di Seri Negeri.

Pada 5 Mac lepas, Syarikat Air Melaka Berhad dilaporkan berkata catuan bekalan air untuk Fasa Ketiga diperluas ke kawasan Zon 2 meliputi tambahan 20 peratus pengguna di daerah Alor Gajah berikutan keadaan cuaca kering berterusan dan ketiadaan hujan yang berpanjangan di kawasan tadahan dan sungai.

Sulaiman berkata beliau dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dalam masa terdekat ini bagi mendapatkan maklum balas berkaitan projek atau inisitif yang boleh dan akan dilaksanakan bagi menangani isu itu.

Isu lain yang dibincangkan pada taklimat ringkas itu ialah usaha yang dilakukan bagi mengekang penularan COVID-19 terutama di pintu masuk negeri dan kesannya kepada sektor pelancongan di Melaka.

“Sektor pelancongan perlu diberi perhatian kerana Melaka adalah sebuah negeri pelancongan dan pada masa sama langkah membendung penularan COVID-19 juga perlu dikuatkuasakan,” katanya.

Tags: catuan bekalan airkerajaan negeri melakasulaiman md ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

9 Exco Melaka Angkat Sumpah

13/03/2020
0

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan mendahului senarai pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat...

Istiadat Angkat Sumpah EXCO Melaka Esok

12/03/2020
0

AYER KEROH - Sekurang-kurangnya sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang dijangka terpilih sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd