• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Artikel Portal Asing Berat Sebelah, Sindiran Jahat

oleh
07/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan portal berita ‘The Guardian’ berkaitan perkembangan politik negara mempunyai sindiran berniat jahat terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, juga berkata laporan berkenaan adalah bersifat negatif, berat sebelah dan berkecamuk.

“Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan berdaulat berasaskan Perlembagaan Persekutuan 1957, yang jelas menggariskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam perlantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dalam isu tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan, Yang di-Pertuan Agong sudah memberi perhatian yang belum pernah dilakukan sebelum ini iaitu menemubual semua 222 Ahli Parlimen untuk menentukan calon yang ‘meraih keyakinan majoriti (sokongan) wakil rakyat’.

“Apabila ada dakwaan yang mengatakan demokrasi di Malaysia diancam oleh sistem beraja, ia adalah satu gambaran yang tidak benar dan salah terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Luar berkata, laporan itu turut memberi persepsi salah terhadap Perdana Menteri apabila beliau digambarkan sebagai seorang ‘oportunis’ yang mahukan kuasa ketika semua pihak sedang sibuk ‘berperang’ antara satu sama lain.

“Hakikatnya perlantikan Muhyiddin adalah berdasarkan sokongan yang kuat oleh majoriti Ahli Parlimen malah dalam ucapannya pada 2 Mac lalu, beliau menjanjikan ahli Kabinet yang bersih, berintergriti tinggi dan berkaliber,” katanya.

Reezal Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas turut menafikan tuduhan yang dilemparkan kepada parti PAS dan mendakwa laporan portal itu sengaja mahu membangkitkan sentimen agama dan amarah ramai pihak.

“PAS kini adalah sebahagian kerajaan dan sebelum ini, parti itu sudah berkongsi kuasa di peringkat persekutuan pada 1974 hingga 1978 dan mereka terus menguasai Kelantan sejak 1990.

“Kelantan sudah lama ditadbir oleh PAS dan ini membuktikan parti politik berasaskan agama mampu mentadbir kerajaan dengan baik. Malah di bawah pentadbiran PAS di Kelantan, tiada satu pun rumah ibadat bukan Islam dihapuskan atau individu dipaksa memeluk Islam.

“Tuduhan yang mengatakan parti itu membawa ‘agenda Taliban’ di peringkat persekutuan adalah tidak bertanggungjawab yang dimainkan musuh politik seperti DAP,” katanya.

Beliau berkata penulis artikel itu secara sengaja mengabaikan norma-norma demokrasi, institusi undang-undang dan praktis kebebasan dan hak untuk dihormati kerana peralihan kuasa itu dilakukan secara aman dan tenang.

“Penulis artikel itu gagal memahami perkembangan politik baharu di Malaysia yang menggariskan integriti, fungsi peranan demokrasi termasuklah peranan sistem beraja yang bertanggungjawab secara efektif dan bijak,” katanya.

Beliau mengulas laporan portal berkenaan bertajuk “The Guardian view on a royal coup: a king overturns a historic election” berhubung perkembangan kemelut politik di Malaysia yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang. – BH Online

Tags: Al-Sultan AbdullahReezal Mericanthe guardianYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor Sertai Sesi Fotografi di Istana Besar Sempena Ulang Tahun Ke-80 UMNO

11/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke sesi fotografi di Tangga Selat Istana Besar di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd