• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana Ada UMNO Lobi Jawatan TPM – Zahid

oleh
06/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan UMNO melobi untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, UMNO sebaliknya mengemukakan beberapa nama ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu untuk memilih individu yang benar-benar layak.

“Itu adalah budi bicara Perdana Menteri untuk menentukan siapa yang bakal dilantik nanti,” ciapnya di Twitternya hari ini.

Ahmad Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya bagi kes pecah amanah, lapan kes membabitkan tuduhan rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi.

Dalam perutusan pertama Muhyiddin selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau memberi gambaran bahawa hanya mereka yang bersih, berkaliber dan berintegriti akan dilantik sebagai anggota jemaah menterinya.

Kenyataan Perdana Menteri itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Presiden UMNO yang sedang berdepan dengan perbicaraan di mahkamah itu akan diketepikan dalam pembentukan Kabinet baharu.

Ahmad Zahid sebelum ini pernah menyifatkan pertuduhan dikenakan terhadapnya adalah pendakwaan politik, namun menegaskan akan membersihkan dirinya di mahkamah tanpa kesnya digugurkan. – Sinar Harian

Tags: perikatan nasionalTimbalan Perdana MenteriUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

Bersatu Serang UMNO Dan PAS, Tak Serang DAP – Annuar

29/07/2026
0

SEREMBAN - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa hairan dengan parti Bersatu. Menurut beliau, Bersatu menjadikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd