• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukit Aman Rakam Percakapan Bekas Peguam Negara

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS merakam percakapan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali di Bukit Aman hari ini bagi membantu siasatan isu pendedahan klip audio oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, selain Mohamad Apandi, polis turut merakam percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad di Bukit Aman, 24 Februari lalu bagi membantu siasatan kes sama.

Menurutnya, pihaknya juga akan memanggil beberapa lagi individu yang dikaitkan dengan video itu untuk merakam percakapan mereka dalam masa terdekat.

“Selepas melengkapkan kertas siasatan, kita akan serahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Mohamad Apandi berkata, beliau hadir memberi keterangan di Bukit Aman, selama lebih sejam bermula jam 10 pagi tadi.

“Jam 10 pagi hadir dan habis (beri keterangan) termasuk berbual tak rasmi, pada jam 11.50 pagi,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi keterangan selama sejam di Bukit Aman, 21 Februari lalu.

SPRM pada 8 Januari lalu mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah, Mohamad Apandi dan Dzulkifli yang dirakam perbualannya sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1 Malaysia Develoment Berhad (1MDB) dan SRC International Berhad. – myMetro Online

Tags: Mohamed apandi alirakaman audioSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd