• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Adil, Bagaimana Dengan Banglo Guan Eng? – Ku Nan

oleh
05/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) bersikap tidak adil kerana mendakwanya menerima RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan 2 tahun lepas.

Ketika memberi keterangan di mahkamah di sini hari ini, beliau berkata AGC menarik balik pertuduhan rasuah terhadap bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa membeli sebuah banglo di bawah harga pasaran.

“Itu tidak adil,” katanya ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Julia Ibrahim.

“Anda mendiskriminasi saya. Anda bercakap kepada media dan merosakkan imej saya,” katanya.

Julia mengingatkannya bahawa beliau kini diperiksa balas dan hanya perlu menjawab “ya” atau “tidak”.

“Jika bekas peguam negara anda boleh menggugurkan pertuduhan terhadap bekas menteri kewangan,” katanya.

“Anda perlu tanya bekas peguam negara,” kata Julia. “Saya bukan peguam negara. Cuba bertenang.”

Pada 30 Jun 2016 Lim didakwa menggunakan jawatan atau kedudukan awamnya sebagai ketua menteri Pulau Pinang untuk mendapatkan suapan untuk diri dan isterinya Betty Chew dengan meluluskan permohonan menukar tanah pertanian kepada tanah perumahan dalam satu mesyuarat ecxo negeri pada 18 Julai 2014.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, yang lebih rendah daripada harga pasaran hartanah itu sebanyak RM4.7 juta pada masa itu.

Phang didakwa bersubahat dengan Guan Eng.

Mereka dibebaskan pada 3 September 2018 oleh Mahkamah Tinggi George Town selepas AGC menggugurkan pertuduhan terhadap mereka.

Julia juga bertanya Tengku Adnan tentang wang RM2 juta yang dikatakan diterimanya daripada pengarah Aset Kayamas, Chai Kin Kong bagi membiayai 2 pilihan raya kecil pada 2016, dan sama ada beliau memaklumkannya kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Najib Razak yang merupakan presiden parti pada masa itu.

“Ia tiada kena-mengenai dengan ibu pejabat UMNO,” kata Tengku Adnan.

“Saya pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, dan saya boleh meminta derma daripada orang ramai, bukan sahaja Tan Sri Chai,” katanya dengan menambah bahawa Julia keliru tentang bagaimana ibu pejabat UMNO dan pejabat perhubungan negerinya beroperasi.

Apabila ditanya sama ada beliau merekodkan wang tersebut di dalam akaunnya, beliau berkata, “Kami biasanya tidak merekodkan derma.”

Perbicaraan berjalan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

Tengku Adnan, atau lebih popular dengan panggilan Ku Nan, didakwa menerima RM2 juta daripada ahli perniagan Chai walaupun beliau mengetahui bahawa syraikat Chai mempunyai urus niaga dengan Kementerian Wilayah Persekutuan yang diketuainya pada masa itu.

Dalam pembelaannya, Tengku Adnan berkata, beliau tidak mendapat apa-apa faedah daripada wang RM2 juta itu, yang dibayar kepada syarikat miliknya Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. pada 2016 kerana ia adalah “derma politik” yang digunakan untuk pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. – FMT

Tags: Lim Guan EngTengku Adnan Tengku MansorTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd