• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Duit Ke Hospital, Ibu Bayi Maut Bersalin Di Rumah

oleh
04/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUCHONG – Seorang lelaki kehilangan isteri dan anak yang baharu dilahirkan kerana kesempitan wang untuk menghantar isterinya bersalin di hospital.

Kisah sedih ini terpaksa dilalui seorang lelaki warga Indonesia sebelum dia dibantu oleh aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

Chee Heng berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada seorang wanita kira-kira jam 10 pagi semalam yang memohon bantuan untuk menguruskan jenazah seorang ibu dan bayinya di Putra Perdana.

Menurutnya, beliau bergegas ke lokasi dan mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dipercayai akibat mengalami komplikasi ketika melahirkan seorang bayi lelaki.

“Hati saya bagaikan dirobek melihat jenazah ibu dan bayi yang kaku hanya kerana suaminya tiada duit untuk menghantarnya bersalin di hospital.

“Saya tanya kepada suami wanita berkenaan, mengapa tidak membawa isterinya ke hospital untuk melahirkan anak mereka.

“Lelaki itu yang bekerja sebagai jurukimpal dengan gaji tidak seberapa beritahu dia tiada duit. Saya tidak dapat menahan air mata dan terus memeluknya,” katanya kepada Sinar Harian.

Chee Heng berkata, jenazah dua beranak itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Katanya, jenazah dua beranak itu akan diuruskan komuniti di Putra Perdana dan dikebumikan di negara ini.

“Saya nak pesan kepada mereka yang bukan warganegara…jangan takut pergi hospital kalau mengandung dan nak bersalin…jangan bimbang sangat..kami manusia bukan haiwan, kami ada hati, doktor pun ada hati, Malaysia pun ada hati.

“Jangan khuatir pasal duit atau pasal polis kerana kamu ‘kosong’ dokumen, tak mengapa, nyawa penting dulu,” katanya.

Sementara itu, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sumaji, 38, berkata, dia terpaksa membiarkan isterinya melahirkan anak kedua mereka di rumah kerana langsung tidak mempunyai wang untuk ke hospital.

Katanya, isterinya, Nor wahyuni, 35, mengalami komplikasi ketika melahirkan anak mereka yang dilahirkan secara songsang.

“Ketika proses kelahiran, kepala anak saya tersangkut dan dia didapati sudah tidak bernyawa sebaik dilahirkan. Isteri saya pula alami pendarahan teruk, uri yang pada mulanya tidak keluar pecah selepas itu.

“Saya tak ada duit bawa isteri ke hospital selain tak punya apa-apa dokumen. Terima kasih kepada Uncle Kentang yang bantu, saya rasa terharu kerana masih ada rakyat Malaysia yang sudi tolong,” katanya. – Sinar Harian

Tags: bersalinkematian bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam Perjalanan Ke Hospital

10/04/2025
0

SUNGAI PETANI: Hasrat sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata kedua berkecai apabila si ibu meninggal dunia ketika dalam perjalanan...

Padah Mahu Pulang Bersalin Di Kampung Halaman

20/05/2020
0

WANITA mengandung dari Kuala Krai yang disahkan positif Covid-19 pulang ke kampung halaman untuk bersalin anak kedua. Mangsa berusia 30-an...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd