• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saksi Tak Tahu Selva Mookiah Ikut SPRM Ke Arab Saudi

oleh
03/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bahawa bekas penasihat undang-undang MIC, Datuk Selva Mookiah turut hadir bersama ketika kumpulan pegawai penyiasat suruhanjaya anti rasuah itu ke Riyadh, Arab Saudi pada 29 November 2015 bagi siasatan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Saksi kesembilan berkenaan, Mohd Nasharudin Amir memberi keterangan demikian ketika pemeriksaan balas dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya, Datuk V Sithambaram dalam prosiding sambung bicara kes penyelewengan dana SRC International di hadapan Hakim, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, hari ini.

Mohd Nasharudin memaklumkan mahkamah, dia turut bersama kumpulan dari SPRM itu pergi ke Riyadh pada akhir November 2015.

Saksi berkenaan sebelum ini memberitahu, dia bersama seorang lagi pegawai SPRM mengambil keterangan seorang individu yang didakwa Putera Arab iaitu Putera Saud Abdul Aziz Malik Abdul Aziz, dan keterangan Abdul Aziz ditandatangani oleh peguamnya di Riyadh pada 29 November 2015.

Pada masa sama Mohd Nasharudin memberitahu, pihaknya turut mengambil keterangan seorang individu bernama Tan Kim Loong yang didakwa sebagai wakil kepada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low ketika di Riyadh.

Sithambaram: Anda jumpa Selva Mookiah ketika ambil keterangan di Riyadh pada 29 November 2015.

Nasharudin: Ya.

Sithambaram: Atas kapasiti apa dia (Selva) di Riyadh ketika dua keterangan diambil. Dia wakili siapa?

Nasharudin: Saya tidak pasti diwakilkan siapa di Riyadh. Saya hanya tahu dia ada di sana ketika keterangan diambil.

Sithambaram: Jika ada seorang peguam dalam pasukan SPRM ketika keterangan diambil, apakah peranan dia di sana?

Nasharudin: Saya tak tahu.

Sithambaram: Adakah dia (Selva) kata dia peguam Tan Kim Loong, atau orang lain?

Nasharudin: Tidak.

Terdahulu, Selva adalah antara saksi yang dipanggil oleh pasukan pembelaan dalam perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42juta dana SRC International membabitkan tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC.

Perbicaraan bersambung esok dan dijangka Selva serta seorang lagi pegawai SPRM memberi keterangan. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakSPRMSRC International
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd