• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Polis Negara Bertemu Mahathir

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.

Pertemuan itu berlangsung lebih sejam dan Abdul Hamid ketika meninggalkan YKP tidak menjelaskan tujuan pertemuan selepas disapa petugas media yang menunggu di luar yayasan itu.

Dr. Mahathir berada di YKP sejak jam 9.50 pagi sebelum dilihat keluar pada kira-kira jam 12.35 tengah hari dan kembali pada kira-kira jam 2.30 petang.

Turut dilihat berkunjung ke YKP hari ini ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr. Afif Bahardin.

Tian Chua ketika ditanya mengenai kehadirannya di YKP berkata, beliau tidak mengadakan pertemuan dengan Dr. Mahathir.

“Saya di sini untuk berjumpa dengan pegawai (Dr. Mahathir) bagi menyelesaikan beberapa dokumen serta sedikit perbincangan. Jadi, tolong jangan buat sebarang andaian,” katanya.

Tian Chua berkata, tiada apa yang mencurigakan mengenai kehadirannya di YKP sambil menambah beliau tidak mahu membebankan Dr. Mahathir dengan perkara ‘berat’.

“Tiada apa yang mencurigakan. Saya tidak mahu membuang masa beliau,” katanya.

Diminta mengulas insiden semalam yang menyaksikan beliau diserang penyokong PKR, Tian Chua berkata, “Itu perkara kecil. Saya tidak mahu membesar-besarkannya. Janganlah buat sebarang spekulasi lagi. Cukup-cukuplah dengan kisah lama ini.”

Tian Chua dilaporkan diserang segelintir penyokong parti di luar ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam.

Tags: Abdul Hamid BadorKetua Polis NegaraMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

Polis Siasat Komplot Jatuhkan Kerajaan, Sabotaj Kestabilan Negara – Mohd Khalid

27/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima satu laporan polis dan kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan konspirasi...

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

Ketua Polis Negara Bantu Mangsa Kemalangan

16/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd