• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedang Siasat 2 Kenamaan Dikaitkan Kes COVID-19

oleh
02/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat mengenai maklumat yang tular di media sosial mengenai dua orang kenamaan yang dIkaitkan dengan kes positif COVID-19 iaitu kes ke-26 Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata perkara itu sedang disiasat KKM dan tindakan sedang diambil mengenainya.

“Untuk makluman, kes ke-26 yang dilaporkan pada 1 Mac sedang dirawat dan dipantau di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil. 

“Lima kontak rapat keluarga, seorang pembantu khas kepada kes ke-26 dan seorang kakitangan kesihatan swasta telah disahkan negatif COVID-19. Siasatan dan pengesanan kontak rapat masih terus dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular di media sosial sejak semalam mengenai seorang bekas menteri dan timbalan menteri dipercayai kontak rapat dengan kes ke-26 positif COVID-19 dan berhubung langsung dengan orang lain termasuk petugas media, sehingga mencetuskan kekhuatiran dan kemungkinan mereka perlu melakukan saringan kesihatan. 

Sehubungan itu, Dr. Noor Hisham berkata orang ramai diingatkan tidak menularkan berita-berita mengenai kes jangkitan COVID-19 yang tidak disahkan oleh KKM bagi mengelakkan situasi panik dan salah faham dalam masyarakat. 

“KKM juga ingin menegaskan bahawa siasatan ke atas kes positif COVID-19 serta pengesanan kontak dilakukan mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Garispanduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.04/2020,” katanya.

Beliau menjelaskan kontak rapat adalah mereka yang berhubung rapat dengan kes yang disahkan positif COVID-19. Ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kontak rapat dalam lingkungan satu meter dengan kes positif COVID-19 seperti anggota kesihatan yang merawat kes tanpa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) yang disarankan atau mereka yang tinggal dalam satu rumah sama.

Hanya mereka dalam kategori kontak rapat kes positif sahaja yang akan disaring dan diambil sampel bagi ujian pengesanan jangkitan COVID-19, katanya.

“Individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang sekadar disyaki dijangkiti COVID19 dan belum disahkan melalui ujian makmal bukan dikategorikan sebagai kontak dan tidak diambil sampel,” tegas beliau.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan sentiasa mencuci tangan dengan air dan sabun atau dengan menggunakan cecair pembasmi kuman.

Tags: Covid-19KKMkoronavirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

56 Kes Berkaitan Cuaca Panas, Dua Kematian Akibat Strok Haba – KKM

03/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan nasihat kepada orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah pencegahan berikutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd