• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Rugi RM1.9 Bilion Setahun Akibat Rokok Seludup

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Malaysia kehilangan hasil sebanyak RM1.9 bilion setahun akibat kegiatan rokok seludup selain RM500 juta lagi daripada aktiviti penyeludupan minuman keras.

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk Matrang Suhaili berkata rokok dan minuman keras adalah yang paling kerap diseludup memandangkan cukai dikenakan ke atas barangan itu agak tinggi.

“Antara kawasan pendaratan tidak sah barangan seludup adalah di persisiran perairan pantai seperti di Kuala Muda (Kedah), Pengerang (Johor) dan Rompin (Pahang),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Ops Pacak di sini, hari ini.

Matrang berkata kajian oleh sebuah firma perunding juga mendapati sebanyak 33.6 peratus rokok yang dijual di pasaran negara adalah rokok seludup manakala penjualan minuman keras seludup adalah 30 peratus.

“Saya ingin mengingatkan orang awam supaya prihatin dengan memaklumkan kepada pihak Kastam jika mengetahui sesiapa yang menyeludup, menjual dan memiliki rokok atau minuman keras yang tidak bercukai,” katanya.

Tahun lepas, Kastam mengutip RM3.624 bilion cukai ke atas rokok, iaitu 10.3 peratus daripada kutipan keseluruhan RM35.2 bilion jabatan itu.

“Rokok merupakan penyumbang hasil kedua terbesar selepas kenderaan manakala cukai untuk minuman keras adalah penyumbang keempat terbesar dengan kutipan hasil sebanyak lima peratus daripada pendapatan keseluruhan,” katanya.

Mengenai Ops Pacak, Matrang berkata operasi khas itu dari 1 hingga 15 Mac ini melibatkan penempatan pegawai penguatkuasaan Kastam di lokasi ‘hotspot’ untuk membanteras aktiviti penjualan rokok seludup.

Sementara itu, Pengarah Kastam Pahang Datuk Sarip Ismail berkata hasil Ops Outlet yang dijalankan tahun lepas bagi mengesan peniaga menjual rokok seludup, seramai 45 individu didakwa di mahkamah dengan jumlah denda RM415,186.

“Pada 25 Feb lepas, pasukan penguatkuasaan Kastam Cawangan Bentong merampas 170 ‘master case’ rokok kretek jenama Lights dan Djarum Super dengan anggaran nilai RM239,616 yang membawa jumlah cukai sebanyak RM1.026 juta,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=1r7nW9r0Plw

Tags: KastamRokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd