• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mustahil Esok Ada Yang U-turn – Najib

oleh
01/03/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak mustahil sokongan terhadap Pakatan Harapan berkurangan menjelang majlis angkat sumpah Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyindir perangai Pakatan Harapan yang kuat membuat pusingan U itu berkata, Yang di-Pertuan Agong bersama Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat keputusan selepas mengadakan perbincangan mendalam.

Tambahnya, Majlis Raja-Raja Melayu bukan bukan kaki pusingan U seperti Pakatan Harapan.

“Orang PH memang kaki U-turn. Itu fakta dan diketahui umum. Tak boleh nafi dah. Pusinglah macam mana pun.

“Jika dikira semula selepas beberapa jam lagi, mungkin ramai yang sebelum ini buat U-turn sudah O-turn (berpatah sekali lagi).

“Pagi ada sokongan 106, Petang ada 114. Esok pagi mungkin tinggal 104,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam ini.

Menurut Najib, sekiranya Pakatan Harapan masih engkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong yang melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mereka mempunyai dua pilihan iaitu mencabar titah berkenaan di mahkamah atau mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri baharu di Dewan Rakyat.

Namun begitu, Muhyiddin selaku Perdana Menteri mempunyai kelebihan iaitu boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen dibubarkan.

“Jika PM ke-8 kalah dalam undi tidak percaya ini, dia mungkin akan menasihat untuk bubarkan parlimen dan pulangkan kepada rakyat untuk menentukan.

“Selepas bubar, kita jumpa di PRU15. Rakyat tentukan. Your call,” katanya.

Najib merupakan antara ahli Parlimen Muafakat Nasional yang menurunkan tanda tangan pada satu akuan bersumpah untuk menyokong Muhyiddn selaku calon Perdana Menteri daripada parti Bersatu.

Sebelum ini, Muafakat Nasional telah menyatakan pendirian untuk tidak mahu menyokong mana-mana parti atau gabungan parti yang disertai DAP.

Mereka menggerakkan kempen supaya krisis politik yang telah melanda negara sejak seminggu lalu itu ditamatkan dengan pembubaran Parlimen. – MalaysiaGazette

Tags: Muhyiddin YassinNajib Tun Razakpakatan harapanu-turn
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

BN Negeri Sembilan Sangkal Dakwaan ‘Tebuk Atap’, Tegaskan Pendirian 14 ADUN Adalah Sah

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menepis dakwaan Pakatan Harapan (PH) bahawa tindakan menarik sokongan terhadap Menteri Besar,...

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd