• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yang Di-Pertuan Agong Belum Yakin Pilih Perdana Menteri

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu kenyataan menegaskan Seri Paduka Baginda masih belum memperoleh keyakinan mengenai seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli bagi membentuk kerajaan baharu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak yang terlibat dalam proses temubual bersama ahli Parlimen yang berlangsung di Istana Negara selama dua hari bermula 25 Februari lalu.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan dengan keputusan yang telah diambil oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini.

“Seri Paduka Baginda seterusnya akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara kita cintai bersama,” katanya.

Selain itu, Ahmad Fadil berkata, pihak Istana Negara akan berhubung dengan ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, satu persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan Isnin ini bagi menentukan calon Perdana Menteri selepas pertemuan semua ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong gagal menemui calon yang mempunyai majoriti mudah. – Sinar Harian

Tags: Al-Sultan Abdullahparti politikPerdana MenteriYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd