• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Bubar DUN Pulau Pinang – Kon Yeow

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU KAWAN – Tiada keperluan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, jika Parlimen dibubarkan di peringkat Persekutuan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, kedudukan DUN Pulau Pinang akan dikekalkan mengikut mandat diberikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hingga tamat penggal pada 2023.

“Saya rasa setiap negeri perlu membuat penilaian dan keputusan sendiri sekiranya kerajaan Persekutuan memuktamadkan keputusan untuk membubarkan Parlimen.

“Pulau Pinang tidak akan ikut langkah untuk membubarkan DUN kerana kita mempunyai mandat kukuh, selain ada tiga tahun lagi untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Smith & Nephew Operation Sdn. Bhd. di Taman Perindustrian Batu Kawan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Azman Mahmud dan CEO Invest Penang, Datuk Loo Lee Lian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata demikian mengulas keadaan terkini politik negara yang masih gagal mencapai keputusan berhubung lantikan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Isnin lalu.

Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, selain memanggil semua Ahli Parlimen menghadap untuk mencalonkan mana-mana pihak sebagai Perdana Menteri kelapan atau membubarkan Parlimen.

Rentetan itu, Muafakat Nasional yang dianggotai Barisan Nasional, PAS dan Parti Bersatu Rakyat Sabah minta supaya Parlimen dibubarkan, manakala Pakatan Harapan mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu. – Sinar Harian

Tags: Chow Kon YeowDAP Pulau PinangDUN Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

Pekerja Pemotongan Pokok Gaduh Dengan Timbalan Ketua Menteri

04/12/2025
0

Satu insiden pertikaman lidah dilaporkan berlaku antara pekerja pemotongan pokok dengan Exco negeri merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang,...

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

Kon Yeow Angkat Sumpah Ketua Menteri P. Pinang

13/08/2023
0

GEORGE TOWN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd