• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Bukan Forum Pilih Perdana Menteri

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Dewan Rakyat bukanlah forum untuk melantik Perdana Menteri seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurutnya, penyelesaian kepada kemelut politik ini mestilah selari dengan keluhuran perlembagaan negara.

“Telah tiba masanya kita menyerahkan kepada kearifan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan sebagai memberikan jalan keluar dan melakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Semua pihak harus menghormati kearifan Yang di-Pertuan Agong dan tidak mendahului Seri Paduka dalam apa jua keadaan pun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir berkata, satu persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan Isnin ini bagi menentukan calon Perdana Menteri selepas pertemuan semua ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong gagal menemui calon yang mempunyai majoriti mudah.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, sekiranya dalam persidangan khas Dewan Rakyat itu tiada mana-mana calon yang memperoleh sokongan majoriti, maka ia perlu ditentukan melalui proses pilihan raya.

Dalam perkembangan terkini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, PAS bertegas mahu Parlimen dibubarkan dan kuasa memilih kerajaan diserahkan kembali kepada rakyat melalui pilihan raya umum sebagai jalan penyelesaian kemelut politik negara.

Abdul Hadi berkata, parti itu juga tidak lagi menyokong Dr. Mahathir kerana Perdana Menteri Interim itu sudah hilang sokongan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi gambaran kabur sama ada akan mempertimbangkan semula atau tidak kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Dr. Mahathir menerima semula jawatan sebagai Pengerusi parti itu hari ini.

Beliau berkata, perkara itu tidak berbangkit di dalam mesyuarat, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku.

“Kami (PH) berubah dari sehari ke sehari. Malah, tidak timbul soal keperluan untuk bertemu Dr. Mahathir bagi membincangkan perkara itu,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Dewan RakyatMohamad HasanPerdana MenteriUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

Mohamad Hasan Tiba Di New York, Mulakan Misi UNGA81

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan selamat tiba di New York, Amerika Syarikat semalam bagi memulakan lawatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd