• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Penerbangan Ke Arab Saudi Dibatalkan

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMUA penerbangan ke Arab Saudi dibatalkan petang ini selepas kerajaan negara itu mengumumkan menggantung sementara visa umrah dan pelancong hari ini.

Pengarah Urusan Suffah Travel & Tours Sdn. Bhd., Azizul Asri Ahmad Tajuddin berkata, maklumat itu diperolehi ketika mendapatkan pengesahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Setakat jam 3 petang tadi, boleh dikatakan hampir semua penerbangan memasuki Arab Saudi dibatalkan hari ini.

“Ketika tinjauan saya di KLIA tadi, kira-kira 200 jemaah daripada pelbagai agensi yang dijadualkan berlepas hari ini terkandas dan diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

“Saya difahamkan, penerbangan yang sudah sampai di Arab Saudi pun diarah pulang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, penangguhan perjalanan buat sementara waktu ini adalah langkah terbaik demi kebaikan bakal jemaah bagi mengelak kejadian tidak diingini termasuk jangkitan Covid-19.

“Jemaah perlu merujuk kepada agensi umrah masing-masing untuk mendapatkan bantuan dan pengesahan maklumat terkini.

“Seramai 80 jemaah kami yang bakal mengerjakan umrah dalam masa terdekat sudah dimaklumkan mengenai penangguhan perjalanan ini buat sementara waktu.

“Kita tidak menggalakkan pembatalan kerana proses pemulangan rumit dan mengambil masa lama apatah lagi kemungkinan ada potongan dikenakan kerana pengendali umrah sudah menempah hotel.

“Malah, kebanyakan hotel tidak akan memberi pemulangan wang tempahan sebaliknya hanya membenarkan penukaran tarikh,” katanya.

Bagi Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tours, Datuk Md Daud Che Ngah pula, pihaknya sudah memaklumkan kepada kira-kira 1,500 bakal jemaah yang terjejas.

“Mana yang belum terbang, kita nasihatkan jangan pergi lapangan terbang kerana visa belum keluar manakala bagi yang sudah pergi, kita tengok apa apa yang boleh dibantu.

“Selain memaklumkan kepada setiap jemaah menerusi telefon, kita juga menempatkan beberapa wakil di lapangan terbang untuk membantu apa yang diperlukan jemaah.

“Dalam kes seperti ini tidak boleh buat apa jemaah terpaksa akur ia bukan sebab kecuaian, jadi keputusan kita menangguhkan perjalanan ke tarikh lain berpandukan kepada peraturan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” katanya.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penggantungan sementara visa untuk jemaah mengerjakan umrah di Makkah dan melawat Masjid Nabawi, Madinah susulan penularan wabak Covid ke Timur Tengah. – myMetro Online

Tags: Arab Saudijemaah umrahvisa umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd