• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Tutur Kata Ketika ‘Debat’ Politik – KPN

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini.

Beliau berkata, semua pihak perlu menjaga perlakuan dan bijak dalam melontarkan pendapat supaya ia tidak melanggar undang-undang negara sekaligus tidak menjejaskan keselamatan dan keamanan negara.

“Saya dapati perdebatan (situasi politik negara) di dalam media sosial begitu hangat sekali. Saya juga mendapati suhu perdebatan ini semakin meningkat.

“Oleh itu sekali lagi saya ingatkan kepada semua pihak agar menjaga tindakan dan berhujahlah dengan penuh kewarasan agar orang ramai tidak gusar,” katanya kepada Bernama. 

Abdul Hamid berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa menghormati hak semua pihak untuk meluahkan pandangan dan menjalankan aktiviti politik selagi tidak mengancam keamanan dan ketenteraman negara. 

“Di sini, saya memberi amaran terhadap usaha melibatkan elemen-elemen luar negara untuk masuk dan menghuru harakan keadaan.

“Cubaan dan perbuatan sebegini pasti akan ditangani dengan sekeras kerasnya kerana ia menepati ciri-ciri pengkhianatan terhadap negara,” katanya. 

Beliau menegaskan yang proses pembentukan kerajaan yang baharu masih berjalan dengan aktifnya mengikut Perlembagaan negara.

“Orang ramai perlu bersabar sedikit masa lagi…  InsyaAllah PDRM sentiasa bersedia dan memberi jaminan proses ini (pembentukan kerajaan) tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” katanya. 

Tags: Abdul Hamid BadorKetua Polis Negarakrisis politik
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

DAPSY Hilang Akal Desak Pecat Menteri Luar, Jadikan Mohamad Hasan ‘Kambing Hitam’?

30/04/2026
0

DALAM politik kadang-kadang yang paling kuat bersuara bukan semestinya yang paling tepat hujahnya. Isu melibatkan sayap pemuda DAPSY mendesak Perdana...

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

Pemuda DAP Minta PMX Pecat Menteri Luar, Mohamad Hasan

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecat Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd