• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Pantau Rapi Politik Semasa Negara

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau rapi perkembangan politik semasa tanah air bagi mengesan jika terdapat sebarang kesalahan rasuah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, berkata pada masa sama pihaknya mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen supaya tidak menawarkan atau menerima sebarang bentuk suapan bagi sesuatu jawatan.

“Mana-mana Ahli Parlimen yang menawarkan, memberi atau menerima apa-apa bentuk suapan daripada mana-mana pihak mengikut kepentingan diri bagi sesuatu jawatan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini belum terdapat kesalahan yang dikesan berhubung kesalahan itu, namun pihaknya sedang melakukan pemantauan secara rapi.

Katanya, SPRM akan melakukan siasatan tanpa kompromi sekiranya menerima laporan berhubung kesalahan berbentuk rasuah dalam kalangan Ahli Parlimen.

Kemelut politik negara tercetus selepas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Februari lepas diikuti dengan pengumuman meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan (PH), yang kemudiannya keluar daripada pakatan itu.

Pada hari sama, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim serta membatalkan pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Politik.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka akan menerima menghadap kesemua 222 anggota Dewan Rakyat untuk ditemuduga ringkas kira-kira dua ke tiga minit seorang bagi mendapatkan maklum balas serta pendapat setiap anggota Dewan Rakyat mengenai situasi politik negara.

Temuduga yang turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali itu, membabitkan dua kumpulan iaitu 90 Ahli Parlimen untuk sesi hari semalam dan 132 lagi bagi sesi hari ini.

Tags: politikrasuahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd