• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebarang Perjumpaan Di Pejabat PM

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiada sebarang pertemuan antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabatnya di Putra Perdana, Putrajaya.

Sumber mengesahkan Dr. Mahathir tidak memasuki pejabatnya hari ini.

Difahamkan Anwar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dalam perjalanan ke rumah Dr. Mahathir di Seri Kembangan.

Terdahulu, kenderaan rasmi ketiga-tiga pemimpin itu memasuki Putra Perdana sekitar jam 9 pagi kemudiannya meninggalkan bangunan itu jam 10.25 pagi.

Sementara itu, petugas media mula berkampung seawal jam 7 pagi di sekitar bangunan Putra Perdana selepas khabar angin mengatakan pertemuan diadakan di lokasi tersebut.

Pertemuan itu dijangka berkisar kepada perkembangan terkini politik tanah air.

Semalam, satu mesyuarat berlangsung serentak melibatkan parti politik lain termasuk UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) menguatkan lagi spekulasi penubuhan Pakatan Nasional.

Pada masa sama, di Istana Negara beberapa pemimpin dilaporkan mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai untuk mendapat perkenan penjajaran baru politik yang diperkatakan itu.

Malam tadi, Anwar dilapor mengakui dikhianati oleh rakan Pakatan Harapan (PH).

Jumaat lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana memutuskan Dr. Mahathir berhak menentukan tarikh transisi peralihan kuasa kepada Anwar. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanPMO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

Skandal 1MDB: Jho Low Ada Kepala Surat Kosong PMO

14/02/2024
0

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Low Taek Jho atau Jho Low memiliki 'kepala surat' kosong Pejabat Perdana...

Guna Nama PMO Tindakan Tidak Bertanggungjawab

Guna Nama PMO Tindakan Tidak Bertanggungjawab

15/03/2023
0

Kuala Lumpur : Pejabat Perdana Menteri (PMO) memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan Pejabat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd