• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Peristiwa Besar Dalam Beberapa Jam Lagi”

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIMPINAN UMNO dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, hari ini.

BH Online melaporkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang enggan namanya didedahkan berkata tiada perkara besar atau maklumat penting akan dibuat di Menara Dato Onn.

Sebaliknya, beliau berkata, perkembangan paling penting dan bakal melakar peristiwa akan berlaku dalam tempoh beberapa jam, selepas mesyuarat khas MKT di ibu pejabat UMNO yang baru selesai.

“Anda semua akan ketahui dalam beberapa jam lagi.

“Kalau betul apa yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi, pemimpin UMNO akan ke Istana Negara,” katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, semua ahli MKT UMNO diberikan arahan untuk berkumpul di Menara Dato’ Onn, awal pagi tadi.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa, dilaporkan berkata perjumpaan khas, sejak jam 3 petang tadi adalah susulan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, Annuar berkata MKT tidak dimaklumkan mengenai sebarang agenda mesyuarat khas yang bakal dipengerusikan presiden. – myMetro Online

Tags: Al-Sultan AbdullahIstana NegaraUMNOYang di-Pertuan Agong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd