• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Jumpa Azmin Malam Ini

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual bertemu Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam ini.

Difahamkan, Dr. Mahathir juga dijangka mengadakan sidang media selepas pertemuan itu, namun masa belum ditetapkan.

Ketika ini, Dr. Mahathir difahamkan berada di kediamannya bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sementara itu, hotel yang menjadi lokasi Mohamed Azmin bertemu penyokongnya pagi tadi, dipenuhi pengamal media sejak jam 9 pagi.

Kehadiran media terus bertambah petang ini, selain ahli dan pemimpin PKR yang menyokong Mohamed Azmin.

Perjumpaan tertutup itu yang turut dihadiri wakil parti BERSATU yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditangguhkan seketika sejak jam 1 tengah hari tadi, namun dijangka disambung semula lewat petang ini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuklah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin serta Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Dipercayai, mesyuarat yang berlangsung hari ini membincangkan perihal peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beberapa penyokong PKR mendakwa kemungkinan Mohamed Azmin dan beberapa pemimpin yang menyokongnya akan mengumumkan keluar parti.

Khabar angin turut tersebar mengenai pembentukan gabungan kerajaan baharu antara BERSATU, Parti Amanah Negara (AMANAH), sebahagian Ahli Parlimen UMNO dan PKR, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan Sabah (WARISAN).

NST hari ini melaporkan Dr. Mahathir mengadap Yang di-Pertuan Agong kira-kira jam 5.30 petang tadi untuk memaklumkan kedudukan politik negara ketika ini. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd