• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klip Audio: Rosmah, Najib Diambil Keterangan Berasingan

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberi keterangan selama sejam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertempat di Akademi SPRM di Jalan Duta di sini.

Peguam Rajivan Nambiar yang mewakili Rosmah berkata, proses mengambil keterangan anak guamnya dan juga juga Najib bermula 3 petang.

“Sepanjang proses mengambil keterangan itu, tidak ada sebarang dokumen diminta daripada kedua-dua anak guam kami. Mereka cuma memberikan percakapan sahaja dan diberikan kenyataan sama seperti proses di Bukit Aman pagi tadi.

“Kedua dua mereka sudah memberi kenyataan, dan dirakam keterangan secara berasingan oleh SPRM.

“Proses ini adalah berkaitan rakaman audio yang didedahkan SPRM pada 8 Januari lalu,” katanya kepada para wartawan selepas Najib dan Rosmah meninggalkan bangunan menaiki kereta Perdana bernombor TN50.

Sementara itu, peguam Mohamed Rezal Rahim berkata, pihaknya tidak boleh berkongsi banyak maklumat kepada media disebabkan siasatan masih berjalan.

Ditanya kemungkinan Najib bersama isterinya akan dipanggil sekali lagi Reza berkata, setakat ini tiada maklumat berkaitan perkara itu.

“Kami tak terima sebarang maklumat atau indikasi mereka perlu hadir untuk sambung rakam percekapan semula selepas ini.

“Kami memberi sepenuh kerjasama sepertimana kepada polis di Bukit Aman pagi tadi  dan SPRM merakam kenyataan mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Terdahulu, anggota Rela yang bertugas di pondok keselamatan akademi itu melarang para pengamal media memasuki bangunan itu sebaliknya dibenarkan menunggu di hadapan pintu masuk sahaja.

Terdahulu di sebelah pagi sekitar 10 pagi, Ahli Parlimen Pekan itu dan isteri memberi keterangan selama sejam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Pada 8 Januari lalu, SPRM mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib dan Rosmah yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Senarai itu yang turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing, diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit diperdengarkan SPRM pada satu sidang media. – MalaysiaGazette

Tags: Najib Tun Razakrakaman audioRosmah MansorSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd