• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beranak Rentung Dalam Kebakaran Di Batu Sapi

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Tiga beranak rentung dan seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah perkampungan di atas air di Batu Sapi dekat sini, kira-kira 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata mangsa yang rentung dikenali sebagai  Afikah Sulaiman, 20, dan anaknya Nurul Katrishah Aiman, 3, serta Mohd Sharil Aiman, setahun.

Katanya, mayat tiga beranak itu telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk bedah siasat, manakala seorang lelaki berusia 50 tahun yang melecur menerima rawatan di hospital sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata wanita bersama dua anaknya itu dipercayai mengalami kesukaran bernafas sebelum ditemukan  mati dalam salah sebuah rumah ketika kebakaran membabitkan 30 buah rumah.

“Panggilan kecemasan diterima pukul 6.34 pagi di Kampung Seng Kee, Tanah Merah, Batu Sapi dan pasukan bomba tiba di tempat kejadian pukul 6.49 pagi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Punca kebakaran masih lagi disiasat.

Tags: kebakaranrentungSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

16 Syarikat Indonesia Terlibat Bakar Hutan, Hanya Satu Pada Malaysia – Polis Indonesia

30/10/2026
0

Oleh Mynewshub Dua Singapura dan satu Korea Selatan turut dinamakan JAKARTA: Di sebalik desakan sesetengah pihak di Indonesia yang menuding...

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd