• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pota Bukan Ciplak ISA – Ahmad Zahid

oleh Ahmad Albab
04/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akta Pencegahan Keganasan (Pota) yang dicadangkan sebagai akta baharu bukan menciplak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dimansuhkan dan amat diperlukan supaya serangan pengganas asing dan tempatan di negara ini dapat dibendung.

“Ia adalah undang-undang pencegahan untuk menangani ancaman pengganas domestik dan asing yang datang ke negara ini,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu temuramah eksklusif pada Selasa.

Beliau berkata, akta baharu itu tidak akan digunakan sebagai senjata politik untuk menutup kritikan.

Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa kuasa tersebut tidak terletak di tangan mana-mana individu tetapi akan ditentukan oleh lembaga penasihat lima anggota.

“Menteri Dalam Negeri tiada kuasa untuk menahan mana-mana individu, sebaliknya akan ditentukan lembaga penasihat,” katanya.

Beliau berkata, lembaga penasihat itu akan diterajui seseorang yang mempunyai pengalaman dalam bidang kehakiman sekurang-kurangnya selama 15 tahun manakala anggotanya mesti mempunyai latar belakang bidang undang-undang atau anggota polis mahir dalam undang-undang.

Ahmad Zahid mengulas pertanyaan orang ramai mengenai keperluan Pota dan kebimbangan berhubung penyalahgunaan kuasa terhadap akta itu.

Malah segelintir pihak melihat Pota seperti menyerupai akta ISA yang dimansuhkan pada 2012.

“Tiada satu perkataan di dalam akta yang dicadangkan ini membenarkan ia digunakan ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politiknya,” kata Dr Ahmad Zahid.

Beliau berkata, akta tersebut akan melengkapkan undang-undang sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) atau Sosma dan Kanun Keseksaan, kedua-duanya digunakan hanya selepas jenayah dilakukan.

Katanya, Pota menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (Poca) sebagai templat dan panduan.

“Ia bukan satu usaha untuk mengembalikan semula ISA seperti yang didakwa segelintir pihak,” kata Ahmad Zahid.

Ketika ditanya sama ada akta baharu itu akan dibahaskan di Parlimen, beliau berkata, undang-undang perlu diterima dan disokong semua pihak.

“Ahli Parlimen bukan sahaja perlu menerima undang-undang baharu ini tetapi juga menyokongnya melainkan jika mereka mahu melihat keganasan berlaku di sini,” katanya.

Beliau berkata, Pota diperkenalkan hasil gesaan Perdana Menteri ketika membentangkan kertas putih di Dewan Rakyat mengenai kumpulan militan Negara Islam (IS) yang mencadangkan satu undang-undang baharu yang bersesuaian digubal bagi membanteras penglibatan rakyat Malaysia dalam kumpulan militan dan pengganas pada November lalu.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata undang-undang sedia ada masih belum mencukupi untuk menangani ancaman militan di negara ini terutamanya mereka yang dikaitkan dengan IS.

“Saya percaya undang-undang yang ada sekarang tidak mencukupi untuk pihak berkuasa mengambil tindakan efektif untuk membendung ancaman ini.

“Cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Antikeganasan adalah langkah wajar dan bijak supaya ancaman ini dapat dibendung dan dihalang secara lebih berkesan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Penghantaran Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao di Kuala Lumpur pada Selasa. – mStar Online

Tags: ISAZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd