• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Air 3 Sen Bagi 1,000 Gelen Sudah Tak Relevan

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pakar Undang-undang Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir menyifatkan harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen air yang dijual Malaysia kepada Singapura sudah tidak relevan dalam konteks ekonomi hari ini.

Menurutnya, walaupun Perjanjian Air 1962 antara Malaysia dan Singapura itu telah dipersetujui oleh kedua-dua buah negara namun ia wajar dilihat semula dan rundingan mengenainya perlu diteruskan.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama Malaysia memohon rundingan berhubung isu ini malah telah dilakukan sejak 1998, 2001, 2002, 2003 diikuti 2018 dan 2019.

“Begitupun, Singapura sering menekankan bahawa Malaysia sudah terlepas peluang untuk melakukan rundingan kerana tidak melakukannya pada 1987 selepas tamat tempoh 25 tahun perjanjian air tersebut sebagaimana termaktub dalam klausa 14 perjanjian air 1962,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri ke-158 bertajuk Perjanjian Air Malaysia-Singapura: Siapa Rugi, Siapa Untung? di Dewan Warisan Ummah Ikhlas, Kumpulan Karangkraf di sini malam tadi.

Dr Salawati berkata, perkara itu tidak seharusnya berlaku apabila ia melibatkan perjanjian di antara kedua-dua buah negara ASEAN yang berjiran.

Katanya, isu rundingan air itu turut menjadi duri dalam daging hubungan Malaysia dan Singapura sejak bermulanya perjanjian itu sehinggalah kini yang menegangkan hubungan kedua-dua buah negara.

“Ia melibatkan dua bidang kuasa dan kedaulatan negara yang berbeza dan perlu difahami bahawa perjanjian air ini dibuat selaras dengan Perjanjian Pemisahan Malaysia-Singapura 1965.

“Singapura memegang perjanjian ini sebagai salah satu konteks kepada kedaulatan negara mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Salawati menyifatkan Malaysia telah bertoleransi terlalu lama berhubung isu air dan mengharapkan usaha rundingan akan diteruskan serta boleh dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia terikat dengan situasi ketika ini apabila Singapura sememangnya tidak melanggar perjanjian tersebut sebaliknya mahu harga itu dikekalkan sebagaimana perjanjian 1962 itu.

“Jadi jika Singapura sebagai negara jiran yang baik, mereka sewajarnya sedia ke meja rundingan dan menghormati ‘art of negotiation’ dalam undang-undang antarabangsa iaitu menghormati jiran serta lawan.

“Dalam hal ini, saya yakin Malaysia tidak akan mengalah dan akan tetap melakukan rundingan serta cuba mempertahankan kedaulatan negara demi mencari keadilan rakyat negara ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: harga airperjanjian air 1962Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd