• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Didakwa Memandu Bahaya Sebabkan Budak Tercampak

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun tercampak keluar daripada kenderaan di tengah lebuh raya, awal bulan ini.

Tertuduh, Nabil Hariz Jefridin, 23, dan B. Thayalan, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memandu kereta masing-masing secara berbahaya kepada orang awam di laluan Ayer Keroh ke Senawang, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada jam 3.21 petang, 10 Februari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ummi Amyra Natasha Azhar menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk setiap tertuduh bagaimanapun peguam Muhammad Farhan Ahmad Fadzil yang mewakili Nabil Hariz memohon jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya merupakan seorang pelajar universiti dan tidak mempunyai pendapatan.

Thayalan yang tidak diwakili peguam turut memohon jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu.

Media sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan yang dinaiki bersama keluarga yang hilang kawalan selepas dihimpit sebuah kenderaan, dalam kejadian di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang.

Tags: kanak-kanak tercampakmemandu bahaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Tercampak Keluar Kereta, Jatuh Jejambat

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun retak peha kaki kiri selepas terhumban ke bawah jejambat apabila kenderaan dipandu...

Budak Tercampak: Pemandu Myvi Direman 3 Hari

12/02/2020
0

REMBAU - Seorang lelaki direman 3 hari bagi membantu siasatan kes kemalangan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd