• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Mati Dalam Kereta, Bapa Lupa Hantar Ke Taska

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Bapa bayi yang ditemui mati dalam kereta dikatakan lupa untuk menghantar anaknya ke taska sebelum ditinggalkannya selama empat jam di parkir Kompleks Tun Abdul Razak (Komtur) Indera Mahkota di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil berusia 9 bulan itu hanya disedari terbaring di dalam kenderaan berkenaan ketika bapanya, 38, hendak keluar makan kira-kira jam 1 tengah hari.

“Berdasarkan siasatan awal, pada jam 7.20 pagi bapa mangsa keluar menghantar anak sulung berusia 10 tahun ke sebuah sekolah di Kampung Chendering, Paya Besar sebelum balik semula ke rumah untuk mengambil isteri berusiaa 39 tahun, anak kedua berumur 6 tahun dan juga mangsa.

“Pada jam 8.25 pagi bapa mangsa hantar pula anak kedua ke sekolah yang sama seterusnya menghantar isteri ke tempat kerja di Indera Mahkota sebelum ke tempat kerjanya di Pejabat Jabatan Kerja Raya yang terletak di Komtur,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, bayi itu sepatutnya dihantar ke sebuah taska di Indera Mahkota 15 tetapi bapanya itu terlupa dan mangsa dianggarkan ditinggalkan sendirian di dalam kereta tersebut dari jam 9 pagi.

“Mangsa pada awalnya dibawa ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota dan disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan siasatan terperinci akan dijalankan dengan mengambil kira semua aspek termasuk salah laku jenayah atau kecuaian,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di Jabatan Perubatan Forensik Hospital HTAA mendapati Pengarah JKR Pahang, Datuk Othman Nordin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, Datuk Tajuddin Mohd Yunus turut menziarahi keluarga mangsa. – Sinar Harian

Tags: Bapabayi maut dalam kereta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd