• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakan Kongsi Jepak Ugut Bongkar Penglibatan Najib, Rosmah

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saksi keenam, bekas Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ada berlaku perselisihan faham antara Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin dengan rakan kongsinya, Rayyan Radzwill Abdullah.

Madinah berkata, beliau mendapat tahu hal itu melalui mesej yang dihantar Rayyan ke telefon bimbit beliau.

“Rayyan telah berselisih faham dengan Saidi dan Rayyan berusaha untuk merampas kontrak projek solar hibrid daripada Saidi pada masa itu,” katanya.

Menurut Madinah lagi, Rayyan juga mengugut beliau supaya membantu mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar projek tersebut dapat diambil alih.

“Rayyan juga memberitahu saya bahawa dia akan membongkar penglibatan Najib dan isterinya Rosmah yang beliau panggil ‘Mem’ dalam urusan perolehan projek tersebut kepada pembangkang jika saya tidak membantu beliau,” katanya.

Madinah berkata, pada 2016, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada waktu itu juga ada mengadu kepadanya mengenai tekanan yang turut diterima daripada Najib berhubung projek di Sarawak.

Antara lain, kata Madinah, Mahdzir mengadu mengenai Najib yang agak tidak puas hati apabila projek hibrid itu lewat dilaksanakan.

Madinah berkata, Mahdzir juga bimbang mengenai kesan kewangan dan perundangan yang akan dihadapi Kementerian Pendidikan jika kontrak sedia ada untuk membekalkan tenaga elektrik ke sekolah di Sarawak dibatalkan atas arahan Najib.

Menurut Madinah lagi, beliau tidak akan melayan cadangan pihak Jepak jika bukan kerana Najib.

“Jepak tidak pun menyediakan pecahan kos untuk projek berkenaan di samping butiran bidang kerja mereka.

“Lagipun tiada perunding bertauliah dilantik oleh syarikat berkenaan untuk menjalankan projek tersebut,” kata Madinah.

Menurutnya lagi, projek hibrid solar itu sendiri tiada dalam pelan pembangunan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

Madinah berkata, beliau bingung apabila Najib mengeluarkan arahan agar projek solar hibrid dijalankan pada 2016 tanpa melalui perancangan dan kajian.

Kata Madinah lagi, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, Najib merupakan seorang ketua yang berwawasan, memandang ke depan dan bijak.

“Datuk Seri Najib sentiasa berhati-hati dengan kos dan keperluan melaksanakan mana-mana projek,” katanya.

Rosmah, 68, berdepan tuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor.

Ia sebagai dorongan untuk membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Penjana/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung petang ini. – Sinar Harian

Tags: jepak holdingsNajib Tun Razakprojek tenaga solarRosmah Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

Permohonan Rosmah Supaya Hakim Kes Saman Sivil AS$346 Juta Difailkan 1MDB Tarik Diri Ditolak

09/09/2024
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya Hakim Adlin Abdul Majid menarik...

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

Bicara Saman Barangan Kemas AS$346 Juta 1MDB – Rosmah Mohon Hakim Tarik Diri

26/06/2024
0

Rosmah Mansor mahu hakim yang membicarakan saman barangan kemas AS$346 juta 1MDB terhadapnya menarik diri kerana dia pernah menjadi rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd