• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Nafi Terlibat Tandatangan SD Sokong Mahathir

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tidak terlibat isu menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Tun Dr Mahathir Mohamed kekal sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tanpa berselindung berkata, beliau sama sekali tidak mengetahui kesahihan berita yang mengatakan 138 ahli Parlimen termasuk 26 ahli PKR sudah menandatangani SD berkenaan.

“Apapun saya tidak terbabit dengan SD tersebut. Hanya ALLAH sahaja tahu.

“Kalau benda lain banyak la saya tandatangani, sekejap tadi baru tandatangani plak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pasar Siti Sarah Selising di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai dakwaan mengatakan sehingga kini 138 ahli Parlimen sudah menandatangani SD berkenaan.

Difahamkan, daripada jumlah itu, 18 ahli Parlimen didakwa daripada PAS, 26 daripada PKR, 13 hingga 39 daripada UMNO dan 26 daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, setakat ini tiada individu atau kumpulan yang datang kepadanya bagi tujuan tersebut.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai hal itu dari laporan berita yang dibacanya.

Semalam, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dakwaan segelintir ahli Parlimen menandatangani SD hanya khabar angin. – Sinar Harian

Tags: akuan bersumpahMahathir MohamadPerdana MenteriZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

Tahniah BN, Kini Masa Untuk Melangkah Ke Depan – PMX Anwar

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat...

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

PMX Anwar Ucap Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-101 Buat Tun Dr Mahathir

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran yang ke-101 buat Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd