• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

8 Lagi Kes Baharu Positif COVID-19 Di Singapura

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) hari ini mengesahkan lapan lagi kes baharu yang positif jangkitan COVID-19 di republik itu dan kesemuanya mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu.

Kes-kes positif baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 di Singapura setakat ini ialah 58.

Dalam kemas kini hariannya, MOH berkata dua kes baharu itu membabitkan rakyat Bangladesh dan mempunyai kaitan dengan tapak pembinaan Seletar Aerospace Heights manakala lima lagi dikaitkan dengan gereja Grace Assembly of God.

Satu kes baharu membabitkan ahli keluarga kes ke-50 yang bertugas di DBS Asia Central di Pusat Kewangan Marina Bay.

Kesemua kes baharu itu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini dan ditempatkan di dalam bilik isolasi di Pusat Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit (NCID).

Mengemas kini kes-kes yang disahkan, MOH berkata setakat ini, sejumlah 15 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan telah dibenarkan keluar dari hospital.

Daripada sejumlah 43 kes yang telah disahkan dan masih berada di hospital, kebanyakannya stabil atau semakin pulih manakala tujuh dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi.

Setakat 12 tengah hari, MOH berkata 711 daripada kes yang disyaki telah diuji negatif bagi COVID-19 manakala 82 lagi masih menunggu keputusan ujian.

Kementerian itu berkata pihaknya telah mengenal pasti sejumlah 1,278 kontak rapat dan 1,144 daripadanya berjaya dihubungi dan dikuarantin atau diasingkan manakala usaha masih diteruskan untuk menghubungi bakinya.

Tags: Covid-19Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd