• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Virus Misteri Muncul Di Tasik Brazil

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BRASILIA – Virus misteri baharu dari asal-usul yang tidak diketahui yang muncul dari sebuah tasik di Brazil telah mencetuskan teka-teki kepada saintis.

Ia digelar sebagai Yaravirus sempena nama Yara, ikan duyung dengan kuasa ghaib yang memikat tentera untuk tinggal bersamanya di dasar laut.

Penyelidik mendapati lebih 90 peratus gen Yaravirus tidak pernah dilihat sebelum ini, sekali gus menjadikan ia ‘misteri’ dan unik sepenuhnya.

Penemuan itu dibuat di tengah-tengah penularan koronavirus (Covid-19) di seluruh China dan lebih 20 negara sejak ia pertama kali dikenal pasti pada Disember 2019.

Yaravirus didokumentasikan oleh saintis pada bulan lalu selepas menemuinya secara tidak sengaja di Tasik Pampulha, sebuah tasik buatan di bandar Belo Horizonte.

Urutan genom virus itu mendapati hanya enam daripada 74 gen pernah direkodkan sebelum ini manakala 68 lagi tidak pernah dilihat.

Kajian terhadap lebih 8,500 bahan genetik dari seluruh dunia dalam pangkalan data saintifik gagal memberi petunjuk tentang apa yang mempunyai kaitan dengan Yaravirus.

“Ia memperluaskan lagi pengetahuan kami tentang kepelbagaian DNA virus,” kata pasukan pasukan yang diketuai penyelidik Federal University of Minas Gerais di Brazil.

Difahamkan, Yaravirus diambil daripada makhluk bersel tunggal digelar amoeba yang hidup dalam persekitaran lembap.

Buat masa ini, Yaravirus dikatakan tidak mendatangkan ancaman kepada manusia berikutan ia hanya boleh disebarkan antara amoeba.

Dua tahun lalu, dua anggota kanan pasukan itu, Bernard La Scola dari Aix-Marseille University di Perancis dan Jonatas S Abrahao dari Federal University of Minas Gerais turut menemui novel virus di dalam air digelar Tupanvirus yang dijumpai di dalam sebuah tasik di Brazil. – Agensi

Tags: BrazilVirusYaravirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd