• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tanda Tangan 51 Cek Bernilai RM31 Juta

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menandatangani 51 keping cek berjumlah RM31 juta milik Yayasan Akalbudi yang digunakan untuk membuat beberapa pembayaran termasuk kegunaan peribadi.

Pengurus Affin Bank cawangan Jalan Bunus, S Rajen Taran, 40, berkata cek terbabit adalah untuk pembayaran kredit kad AmIslamic Bank dan Maybank, masing-masing berjumlah RM1,300,630.82 dan RM61,406.99 serta insurans dan cukai jalan kenderaan milik Ahmad Zahid sebanyak RM107,509.55.

“Cek itu juga digunakan untuk perbelanjaan pengurusan Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia pada November 2015 sebanyak RM1.3 juta, TS Consultancy & Resources bagi kerja-kerja pendaftaran pengundi berjumlah RM360,000.

“Ahmad Zahid juga mengeluarkan cek RM10 juta untuk meminjamkan dana itu kepada syarikat pengimport dan pembekal arang batu iaitu Armada Holdings Sdn. Bhd. serta ‘Bankers Cheque’ berjumlah RM17,953,185.21 kepada pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Messrs Lewis & Co,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan ke-27 itu berkata demikian pada hari ke-13 perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang berdepan 47 pertuduhan membabitkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Sebelum ini, ejen insurans syarikat Allianz General Insurance, Ahmad Izhan Abd Rashid, 40, yang adalah saksi pendakwaan ke-14 memberitahu mahkamah Ahmad Zahid membayar RM107,509.55 untuk membayar cukai jalan dan insurans bagi 20 kenderaan miliknya.

Pada 11 Disember tahun lalu, saksi pendakwaan ke-21, Ketua Pegawai Eksekutif Armada Holdings Sdn. Bhd., Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Israr, 50, memberitahu mahkamah pihaknya menerima dana berjumlah RM10 juta daripada Ahmad Zahid.

Ahmad Zahid, 67, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Tags: Ahmad Zahid Hamidiyayasan akalbudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

Zahid Sahkan Naim Kurniawan Moktar Calon PRK Parlimen Kinabatangan

20/12/2025
0

SEKINCHAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Naim Kurniawan, anak Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar...

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

Ahmad Zahid Mohon Maaf, Akui Kekhilafan Kata

08/07/2025
0

Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf susulan ungkapannya yang menggunakan perumpamaan malaikat dalam konteks tekanan dihadapinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd