• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Pan Borneo RM16.5 Bilion Bukan Jumlah Sebenar

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan kos asal Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak (LPBS) yang diluluskan oleh kerajaan terdahulu sebanyak RM16.5 bilion bukanlah kos keseluruhan yang perlu ditanggung.

Ini kerana, terdapat kos-kos lain yang tidak dinyatakan termasuk kos imbuhan balik Project Delivery Partner (PDP), kos yuran PDP, kos kontingensi, kos pengambilan balik tanah serta kos Perundingan Bebas Jurutera menjadikan kos keseluruhan projek itu adalah RM21.9 bilion.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kos sekarang telah dikurangkan sebanyak RM3.1 bilion daripada kos asal dengan kaedah PDP sebanyak RM21.9 bilion (yang merangkumi kos pembinaan RM16.5 bilion) kepada kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion (merangkumi kos pembinaan RM16.1 bilion).

Jadual_PDP

“Sesetengah pihak telah mempersoalkan bagaimana kos penjimatan adalah RM3.1 bilion sedangkan kos asal bukanlah RM21.9 bilion tetapi RM16.5 bilion.

“Ini adalah kerana mereka sengaja mengelirukan dengan menyatakan kos pembinaan sebanyak RM16.5 bilion sebagai kos keseluruhan projek LPBS tanpa mengambil kira kos-kos lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggaran kos keseluruhan projek LPBS dengan kaedah konvensional sebanyak RM18.8 bilion telahpun dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada tahun lepas.

Di bawah model PDP, kos keseluruhan untuk melaksanakan projek LPBS bukan sahaja melibatkan kos pembinaan.

Tetapi ia  juga melibatkan bayaran kepada syarikat PDP termasuk bayaran imbuhan balik (reimbursable) dan juga bayaran yuran PDP (5.5% daripada kos pembinaan). – MalaysiaGazette

Tags: Lebuhraya Pan BorneoLim Guan Engsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd