• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahdzir Sangkal Dakwaan Terima Habuan RM60 Juta

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyangkal dakwaan peguam Datuk Jagjit Singh yang mendakwa beliau menerima habuan berjumlah RM60 juta dan bersetuju memberikan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings.

Mahdzir yang juga saksi kelima pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, ketika pemeriksaan balas Jagjit Singh terhadapnya.

Antara dakwaan Jagjit ialah Mahdzir setuju memberikan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar itu kepada Jepak Holdings selepas ditawarkan habuan itu.

Jagjit berkata, Mahdzir meminitkan persetujuannya berkenaan projek berkenaan selepas pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin setuju memberikannya RM1 juta sebulan untuk lima tahun dan keseluruhannya berjumlah RM60 juta.

Jagjit turut mendakwa, Mahdzir menerima RM50,000 daripada pengarah urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin pada 2015.

Jagjit juga memberitahu mahkamah bahawa Mahdzir bersengkokol dengan setiausaha UMNO Pekan, Datuk Ahmad Aazmey Abu Talib yang menerima kira-kira RM1.5 juta daripada Saidi atas bantuannya mendapatkan kontrak itu.

Mahdzir bagaimanapun menafikan semua dakwaan itu.

Mahdzir berkata, beliau hanya mengetahui mengenai Jepak mendapat projek itu dengan bantuan Aazmey namun langsung tidak tahu dakwaan pemberian berjumlah RM1.5 juta kepada Aazmey.

Perbicaraan rasuah terhadap bekas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, melibatkan dakwaan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak yang berlangsung Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini masuk hari keempat.

Mahdzir yang menjadi saksi pendakwaan kelima telah memberi keterangan sejak hari kedua pendengaran kes itu pada Khamis lalu.

Setakat ini beliau membuat beberapa pendedahan menggemparkan berkenaan bagaimana kontrak pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion diberi kepada Jepak Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat yang tiada pengalaman dalam bidang itu.

Semalam, Mahdzir berkata, beliau turut mengadu kepada Najib pada 2016 berkenaan kelakuan dua individu yang memperlekehkan beliau berkaitan dengan Jepak yang melobi projek itu.

Mahdzir berkata, beliau memaklumkan perkara itu kepada Najib tetapi bekas perdana menteri itu hanya berdiam diri. – Sinar Harian

Tags: jepak holdingsMahdzir Khalidprojek tenaga solar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd