• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakatan Nasional Bakal Cetus Dominasi Islam – Guan Eng

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Desas-desus kerajaan baharu ‘pintu belakang’ Pakatan Nasional yang dijangka didominasi orang Islam akan memberi ancaman bahaya secara terbuka kepada orang bukan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan institusi demokrasi, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau turut mengingatkan rakyat bahawa negara ini akan ditarik ke zaman gelap sekiranya penubuhan sebuah kerajaan yang memusuhi minoriti bukan Islam itu menjadi kenyataan.

Menurutnya, penubuhan Pakatan Nasional akan mengundang bahaya kepada cara hidup rakyat negara ini bersandarkan kenyataan beberapa pemimpin PAS secara terang menolak pelantikan pemimpin bukan Islam sebagai menteri Kabinet terutama jawatan penting seperti Menteri Kewangan meskipun tiada halangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang amalan politik pemimpin PAS dan UMNO yang berbahaya, memudaratkan dan merosakkan adalah konsisten dengan beberapa kenyataan bersifat perkauman dan menyentuh sentimen keagamaan dimainkan mereka yang dikecam MCA dan MIC sendiri.

“Antaranya membantah penyaluran dana sekolah vernakular, boikot produk dan bisnes bukan Muslim, melarang orang bukan Islam menjadi menteri Kabinet, menolak hak pengundi India dan Cina untuk mengundi, mempersoalkan kaedah sambutan dan amalan keagamaan bukan Islam serta menyebarkan pembohongan terhadap bukan Islam.

“Selain itu, kerajaan Pakatan Nasional akan membawa zaman gelap seperti di Kelantan kepada Malaysia, di mana satu-satunya perkara moden yang ada ialah kereta mewah Mercedes Benz dan pemimpin PAS mendapat bonus RM50,000, yang lebih penting daripada kemampuan membayar gaji kakitangan awam mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk spekulasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mungkin mengadakan kerjasama dengan dua parti terbesar kaum Melayu yang kini merupakan parti pembangkang, PAS dan UMNO untuk membentuk satu pakatan politik baharu dipanggil Pakatan Nasional.

Sebelum ini, media melaporkan pertemuan tertutup antara Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin membuka jalan kepada PAS kepada kuasa Pusat, iaitu langkah yang akan meminggirkan DAP dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Awal minggu ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam membangkitkan mengenai kemungkinan berlakunya kerjasama baharu politik itu selepas mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyokong rancangan tersebut yang didakwa sebagai satu cara untuk mengelakkan pertuduhan rasuah dihadapinya.

Guan Eng turut membidas pendirian majoriti akhbar tempatan menyokong parti pembangkang yang didakwa kini mula memainkan polemik gagasan Pakatan Nasional sebagai kerajaan Persekutuan di sebalik mengetahui gagasan baharu itu akan memisahkan hak kepentingan orang bukan Islam.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) merupakan satu-satunya pakatan mewakili semua rakyat Malaysia dan tegas menolak pandangan ekstremis perkauman serta sentimen keagamaan yang cuba mengembalikan kuasa mereka yang hilang sebelum ini.

“Disebabkan pihak ekstremis perkauman dan sentimen agama ini hilang kuasa akibat terpalit amalan rasuah dan salah laku pengurusan ekonomi negara, mereka cuba mengembalikannya dengan cara menyasarkan kepada minoriti bukan Melayu dan bukan Islam.

“PH mahu mengongsi kemakmuran yang inklusif dan bukan eksklusif kepada satu pihak semata-mata,” katanya.

Guan Eng turut mengajak semua rakyat Malaysia, bukan sahaja orang bukan Melayu dan bukan Islam untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan menyokong kesederhanaan berasaskan demokrasi, kedaulatan undang-undang, pencapaian dan integriti di samping menghormati dan melindungi rakyat.

“Konsep kesederhanaan bukan dengan cara mengecam dan membuat konfrontasi terbuka (terhadap pihak lain),” katanya. – Sinar Harian

Tags: bukan IslamDAPislamLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

UEC Diterima Madani Masuk IPTA? Jika Benar Hebatlah DAP – Annuar

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa secara sinis memuji kehebatan DAP dalam kerajaan. Ia...

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

DAP Mahu Masuk Dalam Buku Sejarah? Buat Malu Anak-Anak Kita Saja – Ridhuan Tee

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan penganalisis politik, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan cadangan supaya jasa dan sumbangan DAP dimasukkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd