• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Belum Sedia Bina Loji Tenaga Nuklear – Mahathir

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak akan membina loji tenaga nuklear sehingga terdapat cara selamat untuk melupuskan sisa radioaktif yang dijana.

Beliau menegaskan Malaysia tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang itu.

“Jika anda ada loji tenaga nuklear, anda akan mengumpul sisa nuklear yang merupakan radioaktif dan sehingga kini mereka tidak tahu bagaimana untuk terbalikkan proses itu. Sebab itu kenapa kita tidak boleh guna bahan nuklear kerana ia akan kekal selama berjuta-juta tahun.

“Kita tidak mahu negara ini penuh dengan sisa seperti itu yang dibuang di serata tempat dan menjejaskan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan komuniti perniagaan Perancis di Malaysia, di sini, hari ini.

Dr. Mahathir pada dialog itu ditanya berhubung visi Malaysia mengenai sumber tenaga boleh diperbaharui, selepas ikrar dibuat Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bahawa Malaysia akan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kepada 20 peratus menjelang 2025.

Menegaskan perlunya sumber tenaga boleh diperbaharui yang tidak menyebabkan pencemaran, Dr. Mahathir berkata, Malaysia sedang berusaha mengurangkan penggunaan sumber tenaga tradisional seperti minyak, gas dan arang batu untuk mengurangkan kadar pencemaran udara.

“Kita sedang berusaha untuk menjana lebih banyak kuasa menerusi panel solar. Juga terdapat kemungkinan untuk kita mengeksport tenaga bersih kepada jiran-jiran kita.

“Kita ada banyak ruang, malah kita boleh gunakan laut untuk memasang lebih banyak panel (solar), jadi trendnya adalah ke arah itu,” katanya.

Tags: Loji Tenaga NuklearMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd