• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Tertuduh Kes SUV Terhumban Ke Laut Tarik Diri

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Perbicaraan kes seorang bekas pekerja salon yang didakwa menyebabkan kematian seorang pelajar kolej, Moey Yun Peng, 20, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terhumban ke laut dari Jambatan Pulau Pinang pada Januari tahun lepas hari ini ditangguhkan berikutan peguam tertuduh, S Parameswaran menarik diri.

Hakim Ahzah Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret dimaklumkan bahawa K Vaitheswaran telah melantik peguam baharu iaitu K Paramanathan.

Ahzah Fariz kemudian menetapkan 10, 12 dan 13 Mac sebagai tarikh sambung bicara untuk memberikan masa kepada peguam untuk meneliti kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim.

Tahun lepas, Vaitheswaran, 21, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai kira-kira jam 3 pagi 20 Januari lepas.

Dalam kejadian itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu kereta jenis Toyota Vios telah berlanggar dengan kenderaan yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan sehingga SUV jenis Mazda CX-5 tersebut hilang kawalan dan terhumban ke laut.

Tags: Jambatan Pulau Pinangkemalangan mautSUV terhumban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd