• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bursa Malaysia Rendah Susulan Korban Koronavirus Meningkat

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi hari ini memandangkan peningkatan jumlah kes maut akibat jangkitan novel koronavirus 2019 terus melemahkan sentimen pasaran.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.48 mata kepada 1,545.01 daripada 1,554.49 ketika ditutup pada Jumaat.

Selepas dibuka 2.58 mata lebih tinggi kepada 1,557.07, indeks tempatan bergerak di antara 1,541.98 dengan 1,557.07 sepanjang dagangan pagi.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 540 berbanding 224 manakala 296 kaunter tidak berubah, 923 kaunter tidak diniagakan dan 36 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.42 bilion saham bernilai RM863.12 juta.

Malacca Securities Sdn. Bhd. menerusi nota penyelidikannya berkata, ia menjangkakan penularan koronavirus itu kekal menjadi faktor utama dalam menentukan sentimen pasaran.

“Penurunan semula dijangka menjadikan indeks utama disokong di atas paras 1,535. Bagi peningkatan, kenaikan seterusnya terletak pada paras 1,570,” menurutnya.

Di peringkat rantau, Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.77 peratus kepada 27,193.17, Indeks Straits Times Singapura susut 0.56 peratus kepada 3,163.76 dan Indeks Komposit Jakarta kurang 0.66 peratus kepada 5,959.72.

Antara saham berwajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank turun satu sen kepada RM8.50, Tenaga kurang 22 sen kepada RM12.52, Public Bank susut 10 sen pada RM18.24 dan Petronas Chemicals menguncup enam sen kepada RM6.39.

Bagi saham aktif, ARB turun setengah sen kepada sembilan sen, Securemetric naik setengah sen kepada 21.5 sen dan MTouche menokok dua sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 68.33 mata kepada 10,991.84, Indeks FBM Emas Syariah kurang 76.91 mata kepada 11,689.30 dan Indeks FBMT 100 susut 67.25 mata kepada 10,793.47.

FBM 70 merosot 89.89 mata kepada 13,734.78 manakala FBM Ace naik 9.50 mata kepada 5,531.28.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian kurang 0.68 mata kepada 144.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 94.63 mata kepada 14,886.53 dan Indeks Perladangan turun 20.17 mata kepada 7,287.74.

Tags: bursa malaysiafbm klcikoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

Bursa Malaysia Lancar Pasaran Karbon Sukarela Akhir 2022

15/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Bursa Malaysia Bhd akan melancarkan Pasaran Karbon Sukarela (VCM) pada akhir tahun ini yang akan membolehkan syarikat...

Dagangan Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

13/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat ketika mengakhiri dagangan tidak menentu pada Khamis, dipacu oleh sokongan belian berterusan dalam saham wajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd